Lifetime Meraikan Ibu-Ibu Moden Cekal Dengan Pelbagai Minat Dalam Kempen “Mother 2.0”

Adakah anda seorang Mother 2.0? 
Sertai kami untuk menghargai ibu-ibu yang mengubah stereotaip 
untuk mengasuh anak mereka dengan cara terbaik!

Ibu-ibu zaman sekarang sememangnya penyayang, penyabar dan sangat berdedikasi; mereka juga sahabat baik, penasihat, teman membeli-belah dan bersenam, teman bercuti dan mentor anak-anak mereka. Ibu-ibu yang telah ‘dinaik taraf’ dan diberi nama “Mother 2.0” oleh Lifetime ini melalui perubahan mengikut peredaran zaman - mereka ini turut menguasai kemahiran-kemahiran mengagumkan seperti ashtanga yoga, kebolehan ubah-suai diri dalam masa 5 minit, menjalankan pelbagai tugas serentak dan banyak lagi.

 Untuk menghargai ibu-ibu Mother 2.0 ini, Lifetime dengan bangganya mengadakan kempen Hari Ibu bagi meraikan wanita-wanita istimewa dengan prinsip tersendiri yang telah melawan tradisi dan mengubah stereotaip untuk menjadi ibu dengan cara yang mereka sendiri tentukan.

Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada revolusi Mother 2.0 Lifetime:

Kongsi kisah anda dengan Lifetime dan berikan inspirasi 
kepada yang lain menerusi pengalaman anda! 
Hanya poskan Kata-kata Hikmat Mother 2.0 
(Mother 2.0 Wisdom) versi anda 
dan lima kisah paling asli akan memenangi peluang untuk 
menghadiri sesi tayangan ekslusif ‘Mother’s Day’ 
(set empat tiket wayang) 
pada Ahad, 8 Mei di TGV Sunway Pyramid
 bersama personaliti-personaliti Mother 2.0!
Peraduan ini akan berakhir pada 5 Mei 2016

Kisah Video Mother 2.0
Bagi menunjukkan yang seorang ibu juga  boleh meneruskan minat mereka, 
empat personaliti Mother 2.0 akan berkongsi kisah 
dan pendirian mereka di laman Facebook 
dan laman web Lifetime Asia! 
Kenali ibu-ibu ini dan kongsi kisah mereka dengan ibu-ibu lain:

*       Puteri Kirana, 
seorang pelagak ngeri motosikal yang sukakan adrenalin;

*       Nisa Hadian, 
seorang jurutera pelantar minyak yang suka membuat kek;

*       Ammetta Malhotra Bergin, 
seorang jurulatih peribadi dan pemilik Target Fitness Gym; dan

*       Jayvy Chin, 
seorang ibu bertatu yang meminati seni tatu.

Ibu-ibu ini dan ramai lagi ibu-ibu lain, 
membuktikan yang kehidupan seorang ibu 
bukanlah terhad seperti yang ditetapkan oleh tradisi lama; 
apa yang lebih penting, 
menjadi ibu tidak bermakna seorang wanita 
harus melupakan minatnya dan menghalangnya 
daripada menjadi individu dengan keunikan tersendiri.

Mother 2.0 Rencana Senarai Ringkas (‘Listicles’)
Sepanjang kempen ini, 
Lifetime juga akan memaparkan 
rencana-rencana senarai ringkas di Facebook 
yang akan memaparkan aspek-aspek ibu-ibu Mother 2.0 
daripada pelbagai sudut berbeza. 
Terdapat ide-ide pemberian hadiah Hari Ibu 
dan aktiviti-aktiviti menarik untuk ibu-ibu Mother 2.0, 
dan juga petikan-petikan kata dan maklumat untuk ibu-ibu moden!

Sertai kempen ini sekarang - 
hargai ibu-ibu Mother 2.0 dalam hidup anda 
yang memberikan erti sebenar menjadi seorang ibu - 
kongsi kata-kata hikmat Mother 2.0 Wisdom anda dengan mereka; 
galakkan mereka untuk turut berkongsi pengalaman mereka; 
sebarkan semangat positif menerusi kisah video 
dan rencana senarai ringkas Mother 2.0 yang penuh inspirasi.
 Kesemua ini boleh didapati di 


Mummy Ayu adalah salah seorang 2.0 Mummy!!!
 Cara mendidik anak sekarang haruslah seiring dengan perubahan masa moden. 
Bukan bermaksud mengetepikan cara tradisional keseluruhannya.
tetapi haruslah mengikuti peradaran masa supaya tak ketinggalan. 
Selamat Hari Ibu buat semua Ibu-Ibu!!!!

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

0 comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...