Resepi ~ Puding Custard Koko

jumaat malam lepas...
hampir tengah malam gak la.
org lain dah lena..
Mummy Ayu dok kat dapur lagi
sbb..
dok buat puding..utk bawak ke rumah MIL...sabtu tu
puding kan...buat mlm2..letak dlm peti ais..baru cedap
plus..sabtu tu pun..nak gerak pagi
takut la tak sempat
so..buat malam....

meh Mummy Ayu share resepi puding tu
bahan2 nya:-
1 bungkus agar-agar
5 gelas air 
4 cawan gula
3 biji telur
4 sudu besar tepung custard
2 gelas susu cair/ santan
1 1/2 sudu besar serbuk koko


cara-cara nya:-
1. masak agar-agar dengan air..sehingga agar-agar tu hancur ...pas tu tapis.
2. pukul gula & telur hingga kembang..pas tu..masukkan tepung custard & pukul lagi.
3. masukkan bancuhan telur + gula + tepung custard ke dalam bancuhan agar-agar tadi.
kacau and masukkan juga..santan.
4. gaul hingga sebati & biarkan mendidih sedikit....api perlahan.
5. pas dah masak....pekat...
6. bahagikan kepada 2 bahagian...sama banyak
7. 1 bahagian..biarkan kuning. 1 bahagian lagi...campurkan serbuk koko & gaul hingga rata.

8. siap dah....
boleh la masukkan ke dalam bekas/ acuan
secara berselang seli
1 senduk koko

1 senduk kuning
and...seterusnya hingga habis

hah..kan belang2 tu
biarkan sejuk sikit
pas tu..baru masukkan ke dalam peti sejuk 
lagi lama..lagi sedap
plus...puding ni dihidangkan sejuk2..

selamat mencuba!!

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. oo
    ko buat gaya gini
    aku suke buat yg farra dhelina bgi resepi dulu
    layer perlayer..
    tpi jenuh la guna pengukus

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...