LUCOZADE SPORT™ memberikan lebih penghidratan!!!

Minuman isotonik Nombor 1 di United Kingdom (UK), Lucozade Sport™, 
memberikan lebih penghidratan untuk meningkatkan prestasi rakyat Malaysia! 
Peminat-peminat sukan di seluruh negara kini boleh merasai sendiri minuman sukan 
yang ternyata hebat dengan formula elektrolit dan karbohidrat yang terbukti berkesan!
Sebagai menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan yang mahukan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha untuk menjadi negara bersukan, 
Lucozade Sport™ baru-baru ini telah mengumumkan kerjasamanya sebagai 
Pembekal Rasmi The Reebok Spartan Race Malaysia
Acara World’s Best Obstacle Race versi Malaysia ini 
telah diadakan baru-baru ini di Bandar Bestari, Klang
 yang menyaksikan lebih 8,000 peserta berdepan lebih 20 halangan 
dengan jarak sejauh 13km untuk memperoleh pingat Spartan Finisher yang menjadi rebutan.

“Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada acara ultra-aktif seumpama ini 
selain daripada maraton, dualton dan triatlon yang semakin digemari rakyat Malaysia,” 
kata Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau, Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (SBFM). “Lucozade Sport™ membekalkan tenaga dalam bentuk cecair kepada atlet 
untuk beraksi lebih kuat, cepat dan lama kerana 
ia bukan sahaja mengekalkan penghidratan, 
malah turut menggantikan elektrolit dan karbohidrat yang hilang
 untuk mengekalkan daya tahan dan prestasi mereka semasa latihan dan senaman intensif. 
Kami teruja untuk memperkenalkan minuman isotonic 
yang dipercayai ini kepada lebih ramai lagi peminat sukan di Malaysia 
pada tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang.”


Bagi mencapai matlamatnya untuk berinteraksi dengan lebih ramai atlet di seluruh Malaysia,
 Lucozade Sport™ aktif membekalkan formulasinya yang terbukti secara saintifik 
kepada para pelumba di acara-acara sukan yang popular. 
Setakat ini pada tahun 2016, jenama ini telah menyertai Compressport Trail Run, 
Twincity Marathon dan Malaysia Women Marathon 
serta banyak lagi acara pada masa akan datang.
 Nantikan kemunculan pasukan Lucozade Sport™ di acara sukan berhampiran anda, 
untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tahniah kepada semua pemenang!!!

Tentang Lucozade
Jenama Lucozade™ telah dicipta pada tahun 1927 oleh ahli kimia William Owen. Lucozade Sport™ telah dihasilkan pada tahun 1980-an. 
Dilancarkan pada 1987, Lucozade Sport™ Orange
 adalah minuman sukan nombor 1 di United Kingdom.
 Diformulasikan berdasarkan bukti saintifik, Lucozade Sport™ Orange 
disokong oleh para atlit dan persatuan-persatuan sukan antarabangsa 
dan merupakan penaja yang dipercayai untuk acara sukan di seluruh dunia. 
Tambahan lagi, The Lucozade Sport Science Academy 
turut membantu membangunkan nutrisi sukan, berkongsi kepakaran
 dan membantu memperbaiki prestasi. 
Ini membolehkan kami membekalkan prestasi terbaik kepada 
semua peserta sukan dan latihan, tanpa mengira tahap mereka.

* selalu minum 100 plus  atau Gatorade jer..
kena try Lucozade plak pas nie.....

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

0 comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...