Shoplinks.Asia

Friday, March 11, 2016

“The Lion Guard: Return of the Roar"

dulu masa kecik2...
sellau layan cerita The Lion King nie
best & cantik sgt cartoon dia.. kan?

and now....
karya hebat terbitan Disney, “The Lion King” meneruskan kesinambungannya dengan
 “The Lion Guard: Return of the Roar” 
sebuah filem televisyen yang akan ditayangkan pada
20 Mac, 11 pagi di Saluran Disney (Saluran Astro 615) di Malaysia. 

wah!! bestnya!!

Filem ini menampilkan Kion, anak singa kedua pasangan Simba dan Nala, 
yang menyandang gelaran ketua “The Lion Guard,” 
iaitu sepasukan haiwan yang ditugaskan untuk melindungi kawasan “Pride Lands”

 Filem ini akan memperkenalkan rancangan bersiri “The Lion Guard”
 yang akan ditayangkan pada 17 April, 8.30 pagi di saluran Disney.
Berlatar belakangkan lanskap Savana Afrika,
 “The Lion Guard: Return of the Roar” 
mengisahkan bagaimana Kion menubuhkan pasukan “The Lion Guard”
Mengikut tradisi asal, “The Lion Guard” dianggotai oleh 
singa-singa paling berani dan gagah di “Pride Lands”. 

Namun begitu, Kion menongkah arus dengan melantik rakan-rakannya
 yang secara amnya dianggap tidak layak menganggotai pasukan tersebut.
 Mereka terdiri daripada sahabat baik Kion, 
Bunga
seekor “honey badger” yang berani, 

Ono
bangau yang bijak, 

Fuli
harimau bintang yang berkeyakinan tinggi, 

dan Beshte
seekor badak yang peramah dan sentiasa bersikap positif. 

Kumpulan “Lion Guard” yang baharu ini bersatu untuk melindungi “Pride Lands”. 
Menerusi filem dan rancangan bersiri, kumpulan ini akan menggunakan keunikan masing-masing untuk menghadapi cabaran bagi mengekalkan keamanan di “Circle of Life”.

Sempena pelancaran filem dan siri ini, 
kanak-kanak di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara dijemput untuk mengambil bahagian dalam kempen "Show Us Your Roar" di halaman Disney Channel Asia Facebook (https://www.facebook.com/DisneyChannelAsia). 
Video mengaum yang paling kuat dan kreatif akan disiarkan di Saluran Disney Channel 
semasa tayangan perdana "The Lion Guard: Return of the Roar"!

emm...mesti kena layan ni
pas tu..ajak Ian & Iris sama2 join layan 
"The Lion Guard: Return of the Roar"
jom kawan2..jangan lupa
20 March 2016..11.00 pagi..channel 615
and....
siri "The Lion Guard" bermula 17 April jam 8.30 pagi channel 615 juga..

selamat menonton!!!

1 comment:

Sally Samsaiman said...

sally tetap prefer yg Lion King...sbb Simba hensem! :P

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno