Shoplinks.Asia

Wednesday, May 18, 2016

Perempuan Paling Bahagia - Syamnuriezmil

ok...
jom Mummy Ayu share sikit story
pasal novel yg Mummy Ayu baru abis baca..last week
Perempuan Paling Bahagia
hasil karya...Syamnuriezmil
novel ni ... dah baca jugak sikit kat blog Syam
so..memang dah tau la watak2 and jalan cerita nya..sikit2
so..lagi la excited nak baca novel yg full version nya
pendek cerita.memang dinanti2 kan lah..

bila sampai tu.. serius rasa nak berenti buat semua keja..
nak baca.. but tak boleh la plak
sbb time tu.. tgh busy nak kenduri
curi2 masa free... baca jer...

okay..
jom baca blurb belakang novel..
kalau tak nampak sgt..
takyah susah2..kecik kan mata bagai..
baca yg bawah nie
:-)
Bahagia ialah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu ialah duit, ada duit semuanya akan bahagia.
Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan menyebabkan Rafi berdendam.
Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.
"Baby Rayyan? Encik letak nama dia, Rayyan?"
"Kenapa? Awak nak letak nama dia apa?"
"Rosyam Nor."

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissalah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri.
Alasan Arissa ialah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.
“Dia berikan saya peluang untuk bahagia. Apa salahnya, saya berikan dia peluang untuk bahagia juga? Saya tak ada sesiapa, begitu juga Rayyan. Kita orang hanya ada satu sama lain saja pak encik.” - ARISSA
Alasan Rafa ialah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat... kebal.
“Err... Neng. Jari tu, tak baik dibiarkan kosong lama-lama. Orang tua-tua kata, kalau jari tu, dibiarkan kosong, nanti masuk angin. Orang tua-tualah yang kata, saya tolong sampaikan saja. Baik pakai sekarang.” - RAFA
Alasan Datin Zarina pula ialah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.
“Sebab tak ada siapa jangka yang Arissa merupakan pemegang RM50 juta tu.” – DATIN ZARINA
Kerana semua alasan itu, Arissa menjadi buruan Rafi dan Dato’ Rafail. Adakah pengorbanan Arissa menjadikan dia perempuan paling bahagia? Atau... mungkin akan membuatkan diri sendiri terkorban? Atau... mungkin menyebabkan orang lain yang terkorban?
emm...menariks kan?
ada rasa nak tau lagi dan lagi dan lagi.......dan lagi dan lagi..
kena la beli novel nie nanti..bulan ogos

baca intro sikit dulu dr Mummy Ayu nie yer..

Arissa..heroin dlm novel nie
dia ni anak yatim piatu and  sebatang kara
selepas mak dia meninggal...
dia kena halau kuar dr rumah sewa diaorang and tak tau nak pegi mana

dlm dok kutip kelopak2 bunga..nak tabur atas pusara dia
Rafa..hero dlm novel ni nampak & jatuh kesian
so..Rafa belikan kelopak bunga utk Arissa...tabur atas kubur mak dia

thats the way...diaorang 1st jumpa
dah jodoh katanya..
Arisaa end up kerja kat rumah Rafa
as pengasuh anak angkat Rafa
which is...anak luar nikah kepada Rafi, adik Rafa

Rafi buang baby tu..depan surau, malam tu kebetulan Arissa tumpang tido kat surau tu
Arissa nampak & salin no kereta yg buang baby tu
esok paginya...kertea yg buang baby tu..dtg, Arissa letakkan balik baby tu
sekali...dgn dia sekali naik kereta tu...
sbb yg drive kereta tu ke surau pagi tu..bukan Rafi but Rafa
ngam2 sampai rumah .. baru diaorang jumpa baby tu

and..thats the way...semuanya bermula
Rafi kena buang family ... 
sbb tak nak bertanggungjawab ke atas baby tu

Rafa dah jatuh sayang kat baby ni..
amik jadi anak angkat

and..sbb baby tu nak ngan Arissa 
....Arissa dapat kerja kat rumah Rafa..jadi pengasuh baby
baby Rayyan...

Rafa nak jadikan Rayyan anak angkat yg sah 
lepas dah minta nasihat dr peguam & doktor
Rafa nak cari calon isteri...yg boleh susukan Rayyan
emm.....
calon2....ramai but semuanya tak sanggup

Arissa ...dlm diam ada niat nak jadi ibu susuan Rayyan
and.... Rafa pun dalam diam...ada niat nak jadikan Arissa calon isteri dia

emmm....nie yg adventure tu
nak ngurat, nak memikat
Arissa sedar diri..siapa dia nak dibandingkan dgn Rafa
so..setuju ka Arissa nak jadi isteri Rafa?
and...berjaya kan Arissa menjadi ibu susuan baby Rayyan?
apa plak Rafi buat... utk balas dendam?

as usual..nak tau
kena la baca novel nie...sampai habis
sure puas hati punya la 
and...rasa bahagia sgt
best!!!!

sepanjang Syam tulis novel ni
dia selalu share pic baby dengan gajah
so..this is baby Rayyan which is obses ngan gajah
comei kan?
sbb nya Rayyan ngan gajah
gajah nie lambang berani, kuat, gagah perkasa
plus..Rayyan ni big size baby..comei mcm anak gajah
he he he..
so cute!!

and..sbb itu la
Mummy Ayu pun sama terjebak

jumaat lepas..masa kuar ngan Net
ternampak gajah kat Kaison
so cute..
terus teringat baby Rayya and gajahnya..Si Dollah
so....here is my Dollah
ha ha ha..
pecah rekod
sbb Mummy Ayu dah lama giler kot..tak tak beli or dpt hadiah soft toys..for my self
(dulu selalu & banyak dpt hadiah teddy bear)
selalu beli utk Ian & Iris jer
and mula2 nak beli utk diaorang gak
but..masing2 pun dah besar
so..Mummy Ayu beli utk diri sendiri....
comei kan???
and..sbb dia comei sgt
Mummy Ayu letak kat dashboard kereta Mummy Ayu
so that...selalu nampak masa drive....
mcm kena jer.. sbb keta Mummy Ayu pun warna grey
and..nasib baik Didi pun kata comei..
:-)

suka...suka sangat sangat suka!!!
:-)

banyak lagi novel & mini novel dr Syamnuriezmil yg best2
and...still on going writting
and..of coz....ditunggu2...


:-)

keep on writting ... Syamnuriezmil!!! caiyok caiyok!!!!

1 comment:

Chekgu Azrine said...

comel je soft toy tu...

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno