Shoplinks.Asia

Monday, May 30, 2016

Program KidZ & Tech di KidZania Kuala Lumpur

Dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman tentang teknologi-teknologi baharu
 yang boleh menarik minat komuniti muda dalam persekitaran pembelajaran kreatif, 
KidZania Kuala Lumpur telah melancarkan Program KidZ & Tech, 
bermula dari 28 Mei hingga 12 Jun. 
Melalui program ini, 
kanak-kanak boleh menyertai siri bengkel interaktif, 
lakon peranan bertema dan aktiviti dalam talian untuk menerokai masa hadapan.
Dirancang dengan kerjasama rakan-rakan kongsi iaitu 
Microsoft Malaysia, Sasbadi Holdings, Panasonic, 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan Universiti Multimedia, 
keseluruhan program ini terdiri daripada aktiviti-aktiviti
 yang direka untuk mencetuskan inspirasi bagi menarik minat kanak-kanak 
dalam bidang sains dan teknologi. 
Secara asasnya, aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk
 membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran pengkomputeran yang juga akan membantu mereka apabila dewasa kelak.


"Kanak-kanak hari ini menggunakan teknologi dengan pelbagai cara berbeza untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan mempelajari kemahiran-kemahiran baharu. 
Kita mampu menarik minat kanak-kanak ini dengan menyediakan persekitaran pembelajaran 
yang menyeronokkan menerusi Program KidZ & Tech," 
kata Susanah Abdul Rani, Gabenor KidZania Kuala Lumpur. 
"Dengan kepakaran rakan-rakan kongsi kami seperti Microsoft Malaysia, Sasbadi Holdings, Panasonic, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Universiti Multimedia, Program KidZ & Tech ini adalah cara kami untuk menonjolkan aplikasi-aplikasi teknologi yang praktikal agar kanak-kanak dapat menghargai potensi sebenar teknologi, dan bukan hanya sekadar sumber hiburan."

Secara asasnya, aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan minat di kalangan kanak-kanak 
di samping memberi peluang untuk mempelajari tentang dunia di sekeliling mereka dan mempelajari bagaimana sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik 
(science, technology, engineering and mathematics - STEM
akan terus menghasilkan pembaharuan di dunia ini.

Keempat-empat aktiviti utama yang dijalankan oleh rakan-rakan kongsi program ini melibatkan sains dan teknologi menerusi cara berbeza:

Ø  Pengekodan: "Hour of Code" memperkenalkan asas-asas pengekodan dan pemprogaman komputer, menerusi permainan komputer terkenal Minecraft;

Ø  Robotics: Terokai asas-asas kejuruteraan robotik dan pemprograman menerusi WeDo daripada LEGO® Education; 

Ø  Realiti Berperantara: “Dinosaurs Come to Life” memberikan gambaran tentang bagaimana teknologi realiti berperantara boleh merangsang pemikiran di masa hadapan;

Ø  Holografi: Melangkah ke dunia unjuran holografi dan belajar menghasilkan piramid tayangan 3D - sebuat alat mudah yang membolehkan anda menonton hologram 3D dan video-video di telefon pintar atau tablet.

“Di Microsoft, misi kami adalah untuk memperkasakan setiap orang 
dan organisasi untuk mencapai lebih lagi. 
Ini termasuklah melengkapi kanak-kanak dan warga belia dengan kemahiran pemikiran pengkomputeran dan penyelesaian masalah untuk berjaya 
dalam dunia masa kini yang berteraskan mobiliti dan sistem awan. 
Selari dengan misi kami, kerjasama dengan KidZania merupakan langkah yang tepat, 
dan kami kekal komited untuk memastikan kanak-kanak 
dari setiap lapisan masyarakat mempunyai akses kepada STEM
 seterusnya memberi dorongan kepada mereka untuk menjadi generasi pemimpin seterusnya,”
 kata Jasmine Begum, Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perundangan, Microsoft Malaysia dan Pasaran Baharu. 
“Menerusi Minecraft dan Code.org, kami ingin menjadikan aktiviti ini  lebih santai, dengan usaha sama dan menyeronokkan - selari dengan matlamat KidZania untuk Program Kidz & Tech.”

“Pendidikan STEM sangat penting di abad ke-21 dan
 ia menyediakan kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran pada masa akan datang,” 
jelas Law Yi Chian, Pengarah Eksekutif/Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi,
 Sasbadi Holdings Berhad. 
“Pendekatan secara langsung dalam mempelajari konsep STEM merupakan kaedah yang berkesan kerana kanak-kanak boleh mendapat pemahaman yang lebih baik apabila mereka mengalaminya sendiri. Aktiviti robotik dan pemprograman dalam Program KidZ & Tech adalah kunci utama dalam membentuk generasi pencipta yang seterusnya.”

Bengkel-bengkel yang telah dijadualkan ini disokong oleh aktiviti-aktiviti dalam talian di www.kidzania.com.my/kidz-and-tech. Menerusi laman tersebut, kanak-kanak boleh mengetahui lebih lanjut tentang individu-individu terkenal dalam teknologi seperti seperti Bill Gates dan John Lasseter dalam bahagian khas “Hall of Tech”; mereka juga boleh menguji pengetahuan mereka dalam teknologi dalam Peraduan Facebook Tech Geek of the Week yang menawarkan hadiah mingguan iaitu Gogel Realiti Maya dan Hadiah Utama iaitu sebuah pen 3D Doodler; dan sebagai tambahan, para penggemar teknologi cilik boleh menjawab beberapa soalan mudah untuk mengetahui siapakah personaliti teknologi mereka!

Tambahan lagi, sebahagian daripada 100 pengalaman lakon peranan di KidZania Kuala Lumpur akan diadaptasikan agar melibatkan aspek berkaitan teknologi. Contohnya, kanak-kanak akan mengadakan perbicaraan tentang kes-kes yang membabitkan penggodaman sistem awam di Mahkamah; mempelajari bagaimana untuk menulis artikel tentang Kanak-Kanak & Teknologi untuk KidZania Post; mendapatkan wallpaper telefon KidZ & Tech ekslusif dengan menggunakan hashtag #kidZtech2016; dan mendengar program secara langsung oleh Zupervisor DJ di KidZania yang akan membincangkan tentang Kanak-Kanak & Teknologi dan memainkan lagu-lagu yang bertemakan teknologi; berseronok di City Parade, Tarian Robotik di City Clock, dan aktiviti Lukisan Muka yang berkaitan dengan teknologi dalam kehidupan moden hari ini. Mereka juga berpeluang untuk mengalami sendiri sesi mewarna Realiti Berperantara dan menyaksikan karya mereka menjadi 3D!


Jangan lepaskan peluang yang mengujakan ini di Program KidZ & Tech KidZania Kuala Lumpur (28 Mei hingga 12 Jun) - untuk masa terhad, diskaun istimewa bagi tiket biasa turut disediakan, oleh itu layari  www.kidzania.com.my untuk maklumat lanjut!

Act-of-launch with (from left) Tan Chee Hon (陈志汉), General Manager of Strategic B2B Development, Panasonic Malaysia Sdn Bhd; 
Law Yi Chian (刘怡倩), Executive Director/Head of Marketing, Sasbadi Holdings Berhad; 
Jasmine Begum, Director of Corporate, External and Legal Affairs, Microsoft Malaysia; 
Puan Eneng Faridah Iskandar, Senior Director of the Advocacy & Outreach Division, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC); Susanah Abdul Rani, Governor of KidZania Kuala Lumpur; and 
Tuan Hj Sahbulah Mohd Darwi, Manager, Media Relations and Publications, Multimedia University


Official launch of the KidZ & Tech Program 
(from left) Tan Chee Hon (陈志汉), General Manager of Strategic B2B Development, Panasonic Malaysia Sdn Bhd; 
Jasmine Begum, Director of Corporate, External and Legal Affairs, Microsoft Malaysia; 
Law Yi Chian (刘怡倩), Executive Director/Head of Marketing, Sasbadi Holdings Berhad; 
Susanah Abdul Rani, Governor of KidZania Kuala Lumpur; 
Puan Eneng Faridah Iskandar, Senior Director of the Advocacy & Outreach Division, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC); and Tuan Hj Sahbulah Mohd Darwi, Manager, Media Relations and Publications, Multimedia University

No comments:

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno