Kek Sandwich Strawberry

malam hari tu..
tetiba rasa nak makan kek
so.....merajinkan diri la Mummy Ayu
lepas siap masak dinner..
layan buat kek 
simple jer..
but deco meriah
he he..

kek sandwich
Mummy Ayu tambah jadi kek sandwich strawberry 
sbb guna jam strawberry plus ada strawberry atas tu..
Image may contain: food
resepinya pun simple
and portion tak besar

100 gm castor sugar
100 gm butter
100 gm seft raising flour
1/2 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

cara2 nya mcm biasa
whisk gula & butter sampai gebu
masukkan telur sebiji demi sebiji
whisk lagi
masukkan esen vanila
whisk lagi
last sekali masukkan tepung + baking powder tu
siap!!

bahagikan dua bahagian and masukkan dalam 2 acuan
(acuan kek sandwich)
Image result for acuan kek sandwich
sapu butter sikit & lapikkan kertas gris tu

mcm Mummy Ayu siap timbang lagi supaya sama tinggi
baru cun
takde la satu nipis, satu tebal...

ratakan..kasi cun
bakar 15 - 20 minit
170 c

bila dah masak, terbalikkan..sapu jam
and katupkan dua2..

kasi sejuk sekejab
ayakkan sikit icing sugar
and..susun strawberry..

siap!!
selamat mencuba!!!

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. Hehe. Baca blog mummy Ayu terus singgah kedai bahan cake. Malam ni nak try recipe mummy Ayu bagi.

    ReplyDelete
  2. aida ni tak pandai buat kek.
    pernah la buat.
    tapi kejadian nyer tak cantik mana pon :(

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...