Mummy Ayu memang suka tgk Masterchef
so far..jarang miss la..
so far..jarang miss la..
MasterChef US, MasterChef Malaysia, Junior MasterChef
and...
coming soon....
"MasterChef Asia"
and...
coming soon....
"MasterChef Asia"
MasterChef Asia akan mula ditayangkan pada 3 September 2015
setiap hari Khamis
di channel di Lifetime 709
and..yg lagi bersemangat nak tgk...ada 3 orang "homechef" dari negara kita
yg akan mewakili Malaysia...dalam MasterChef Asia nie
best best!!
jom kita berkenalan dgn 3 peserta MasterChef Asia ni...
Sofia Zulkifli
Sophia, seorang suri rumah berusia 31
tahun dan
ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun,
memasak setiap hari dan
sering menyediakan hidangan
untuk keluarga dan rakan-rakannya.
Suatu hari
nanti, beliau berharap untuk terlibat dalam dunia kulinari
sebagai chef, katerer
atau pengkritik makanan.
Minatnya yang meluas dalam industri makanan
menunjukkan
kecintaannya terhadap makanan dan memberikannya inspirasi untuk
menyertai MasterChef Asia.
Marcus Low
Marcus, seorang pengurus bank berusia
24 tahun,
mendapat inspirasi daripada chef-chef terkenal,
serta hidangan moden
dan molekular;
dan mempunyai kemahiran unik dalam penggabungan bahan.
Mampu
bekerja dengan baik walaupun dalam situasi tertekan,
beliau percaya persaingan
sengit dalam MasterChef Asia
akan
memperkenalkannya kepada dunia kulinari dan
memberikannya peluang untuk
memperkenalkan sajian Malaysia di pentas dunia.
Jasbir Kaur
Jasbir yang berumur 54 tahun merupakan
peserta paling matang dalam pertandingan ini.
Beliau mula menanam minat dalam bidang
memasak
apabila berpindah ke Sarawak, Malaysia Timur selepas berkahwin.
Seorang
suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak,
beliau berhasrat untuk menyampaikan kemahiran
kulinari
masakan tradisional Punjabi kepada generasi muda.
Beliau juga berharap
untuk mendapat pentauliahan profesional
untuk kemahiran memasaknya dan
membuktikan
bahawa chef di rumah juga boleh mempamerkan kemahiran yang hebat di
dapur.
Bakal menjadi pesaing mereka bagi
mendapatkan gelaran utama adalahchef-chef rumah lain
dari negara Cina, India,
Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Vietnam.
Pemenang MasterChef Asia pertama bakal menerima buku masakan sendiri,
hadiah
wang tunai USD$50,000,
pengalaman riadah unik di Singapura bernilai USD$10,000,
perkakas rumah Panasonic bernilai USD$15,000,
latihan amali berbayar di salah sebuah
restoran Hotel Carlton Singapura
dan penginapan selama seminggu di Disneyland
Resort Hong Kong.
“MasterChef Asia merupakan produksi asli terbesar yang pernah kami terbitkan di Lifetime
Asia. Penerbitan salah satu format rancangan paling berjaya di dunia ini membuktikan
Lifetime sebagai destinasi hiburan utama di Asia. Penggambaran siri ini
berjalan sangat lancar; terdapat banyak ciptaan kulinari hebat yang dihasilkan
oleh barisan tukang masak amatur ini dan juga detik-detik yang cukup mencemaskan
bagi saya. Masyarakat Asia sememangnya sangat sukakan makanan, dan kami percaya
penonton pasti akan menyukai rancangan ini dan menyokong peserta kegemaran
mereka,” kata Michele Schofield, Naib Presiden Kanan, Program& Penerbitan,
A+E Networks Asia.
MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan
Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel
Carlton Singapura dan Air Asia. Siri ini akan ditayangkan pada
3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam
di Lifetime (Saluran
Astro 709).
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.http://www.msn.com/en-my/lifestyle/masterchefasia
jom kita layan ramai2..
MasterChef Asia!!!
memang layan masterchef ni.. nak peserta favourite menang leh tak?? hehe
ReplyDeleteAll the best to all masterchef