Kesayangan kita biar Allah yang jaga

assalamualaikum..
lambat skt jengah blog hari ni.
ada program kkat luar (nanti cita )
apa pun...rasanya semua rakyat Malaysia bersedih dgn berita semalam pagi

sebuah pusat tahfiz...
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur
telah terbakar subuh pagi ni
ketika azan subuh berkumandang
Subhanallah
Mummy Ayu tengok sekejab jer video tu... tak sanggup tengok
and tak dapat bayangkan..bagaimana keadaan anak2 di dalam tu
Allahuakbar

21 anak-anak dikatakan terkorban
dan 2 orang petugas di pusat tahfiz itu turut sama terkorban
difahamkan salah sorang tu..baru jer mendirikan rumahtangga seminggu lepas
berat dugaan mereka...
kita ni dok sedih, mereka apatah lagi
isteri baru seminggu bersama..kehilangan suami
ibu kehilangan 3 anak lelaki sekaligus
Allahuakbar

semoga mereka tabah hadapi semua ni
bukan mudah nak hadapinya
Mummy Ayu pun..baru saja melalui...  walaupun dah 2 bulan
sedih..pilu tu .. masih ada

Allah sayang mereka semua
sebab tu Allah ambil mereka

anak2 yg masih kecil
belajar tahfiz lagi
subhanallah....
in sya Allah...syurga tempat mereka

sekurang2 nya..Ibu bapa dah ada saham mereka d sana nanti
ada yg menanti...utk membantu ibu bapa mereka masuk syurga nanti
berfikir baik...bersangka baik dgn Allah
tak rugi apa pun
malah beruntung
sedih...of coz sedih
suma berpada2...

ada yg sorang tu..baru jer jumpa malam sebelum jer
siap kasi surat..minta maaf
mcm dah tahu jer..nak dijemput Allah
Allahuakbar...

susah nak gambarkan..perasaan ahli keluarga mereka ketika ini
yg boleh kita lakukan..
beri sokongan moral, bantuan mana yg perlu
and..berdoa..agar mereka tabah & kuat semangat utk hadapi semua ujian Allah ni

and doa banyak..anak2 syurga ini..damai disisi Pencipta
and...semoga semua urusan pengkebumian..berjalan dgn lancar
in sya Allah...

Al Fatihah utk anak2 syurga...



mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

1 comment:

  1. Al-fatihah dan takziah untuk keluarga mangsa..semoga syurga buat mereka

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...