Demam Bola Kini Melanda Kidzania Sportz 2018!

bersempempena dengan Piala Dunia 2018 
yang akan bermula tak lama lagi ni...
KidZania Kuala Lumpur pun turut sama memeriahkan suasana 
dengan melancarkan 
KidZania SportZ

apa tu KidZania SportZ????
jom baca....
:-)

Petaling Jaya, 9 Jun 2018 – 
Bersempena dengan acara bola sepak terbesar dunia
yang bakal berlangsung,
KidZania Kuala Lumpur ingin meraikan peminat bola sepak cilik di Malaysia!

Bermula dari 9 Jun hingga 8 Julai,
KidZania SportZ 2018 akan meraikan sukan yang digilai ramai ini.
Antara aktiviti yang akan diadakan termasuklah sesi futsal,
 “foosball” dan permainan yang disukairamai, Subbuteo.

Nantikan juga penampilan istimewa daripada
Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia serta
bengkel bola sepak eksklusif oleh
pasukan Akar Umbi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
                                              
Kanak-kanak dan seisi keluarga boleh mempelajari lebih lanjut tentang
Bola Sepak Orang Buta dan mencuba nasib
 menjaringkan gol dengan mata ditutup
dalam satu sesi perlawanan khas bersama Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia. 
Bukan itu saja, mereka juga berpeluang menjalani latihan bersama pakar bola sepak 
daripada Akar Umbi FAM dalam satu bengkel eksklusif.

“Memandangkan kehangatan bola sepak sudah semakin dirasai,
kami yakin ini adalah  masa yang paling sesuai
untuk menanam minat aktif bersukan dalam diri kanak-kanak,”
kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.
Sukan bukan sahaja satu aktiviti masa lapang yang menyihatkan,
malah ia dapat meningkatkan daya koordinasi,
meningkatkan keyakinan diri dan memupuk kemahiran sosial.
Permainan juga dapat mengajar kanak-kanak tentang nilai bertolak ansur serta kerjasama. Kesemua nilai ini adalah aspek yang penting apabila sudah dewasa kelak
 dan kami berbangga dapat menganjurkan ‘KidZania SportZ’ buat kedua kalinya
 dan terus menggalakkan kanak-kanak untuk “Learn Life Today.”


memperkenalkan...
"The Kidzania KL - Football Team


busy ...merancang strategi..
chewah!!!

Datuk Bandar KidZania, Shahrul Nizar Ahmad cuba mengelecek bola
wah!!!

menariks kan..
nie baru sikit

lain-lain program & aktiviti yang turut disediakan
ialah..........


   Futsal:Latih skil menggelecek dalam perlawanan 2V2, atau cuba jaringkan gol dengan mata ditutup!
   Foosball:Permainan yang menguji koordinasi tangan dan mata ini sesuai untuk semua peringkat umur!
   Subbuteo: Peserta boleh mencuba sendiri permainan meja yang digilai ramai ini!
   Permainan Video Bola Sepak:Permainan maya yang akan membuatkan pemain berasa seperti berada di atas padang!

“Kami berbesar hati dapat memberikan sokongan dan menggalakkan
minat kanak-kanak dalam sukan bola sepak
menerusi program yang dianjurkan KidZania SportZ ini.
Inisiatif seperti ini dapat meningkatkan lagi penghargaan orang awam
terhadap bola sepak dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak
untuk mula bermain bola sepak.
 Kejayaan dalam bola sepak bermula dari Akar Umbi,”
kata YBhg Dato' Hamidin bin Hj Mohd Amin,
Setiausaha  Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sunny Shalesh, Jurulatih Persatuan Bola Sepak Orang Buta Malaysia pula menambah,
“Ini peluang terbaik kami untuk mendidik kanak-kanak tentang
betapa pentingnya untuk mengharungi segala cabaran
yang mendatang dengan positif,
sepertimana orang buta mengharungi hidup mereka.
Pasukan kami mempunyai kecekalan yang tinggi
dan kami berharap dapat member inspirasi kepada kanak-kanak tersebut.”

KidZania SportZ 2018 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik lain
untuk disertai seisi keluarga, antaranya, sukan berbasikal, ping pong, aktiviti robot, 
memanah dan juga papan luncur jari!

Datanglah beramai-ramai ke KidZania SportZ 2018, dari 9 Jun hingga 8 Julai 2018
Tempah tiket secara dalam talian dan dapatkan diskaun 20% untuk tiket masuk
dengan kod promo
 <SPRTZ2>

KidZania SportZ 2018 disokong oleh Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia,
Persatuan Bola Sepak Malaysia, Decathlon, Spritzer, Arrouha Archery Malaysia
dan The Positibo Fingerboard.
Image result for Persatuan Bola Sepak Malaysia logoImage result for Decathlon malaysia logo Image result for Spritzer malaysia logo

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur
atau hubungi Khidmat Pelanggan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) 
dari 9 pagi hingga 6 malam, Isnin hingga Ahad.

menariks kan???
Ian & Iris memang dah pernah KidZania..
sebelum dtg sini
and..they really have fun!!!



and for Ian...dia memang la minat bola sepak ni kan
and.dia pun wakil sekolah kat sini utk team futsal
 
kalau dia tau ni...
sure dia nak pergi
so kawan2...yg ada anak minat bola..mcm Ian
leh la gi..
have fun sama2!!!

*mcm menariks gak nak gi ni..sbb still bercuti lagi time tu....emmm
leh masuk dlm list program
:-)

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

0 comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...