I Am A Thief - Acik Lana

last week dpt novel ni
novel terbaru by Acik Lana

I Am A Thief
start baca jumaat petang
sabtu malam habis dah baca
tu pun byjk stop2
kalu x .. lagi cepat tu
blurb belakang novel
Susahnya bila tak cukup duit! 

Bekerja keras siang dan malam, namun hidup Neena tak senang-senang juga. Koleksi hutang tetap meriah dikeliling pinggangnya. Sewa rumah, ansuran kereta, bil-bil yang saban bulan menuntut bayaran, lelah dia bergelut demi mengubah nasib keluarga. Semput nyawa!

Tak cukup memaksa tulang empat keratnya bekerja, Neena sanggup bergolok gadai segala harta. Masalahnya bukan harta dia, tapi harta emak dekat kampung. Malang sekali kerana untung pelaburan entah ke mana, rugi juga yang dia dapat. 

Dilempar dengan satu per satu ujian, Neena benar-benar goyah. Dia kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Yes, everything! Sampai tahap homelesslah jadinya. Sedih betul, muda-muda dah papa kedana. 

Namun, satu malam ajaib telah berjaya mengubah nasib Neena seratus peratus. Disaat dia terdesak untuk bertahan, satu ‘hadiah’ besar tiba-tiba jatuh ke riba. Kurniaan yang pasti mampu membebaskan dirinya dari segala hutang piutang. Yang mampu merealisasikan setiap angan-angan dari zaman kecil hingga zaman dewasanya. 

750K! Take it or leave it?

Bermula dari saat itu, Neena bukan lagi Neena yang dulu. Takdir hidupnya mula berjalan mengikut apa yang diinginkan. Bebas. Lega. Dia sekarang sudah kaya raya dan seolah-olah mampu membeli dunia. Hebat, kan?

Tapi keseronokan Neena tak bertahan lama. Kesenangan ini datang bersama harga yang terlalu tinggi untuk dibayar. Sekali lagi dia tersungkur, hidup dalam keadaan yang amat sukar. Malah jauh lebih sukar berbanding ketika dia miskin dulu.

Ketika dirinya diburu, dipukul dan diugut oleh sekumpulan samseng, muncul seorang hero sebagai penyelamat. Qir Fahad memang banyak membantu, tapi hujung-hujung tetap mengharapkan balasan. Agaknya memang dah pupus manusia yang ikhlas dekat dunia ni.

“Marry me. Bersama I, you tak perlu lagi jadi seorang pencuri, Neena.”

Marah sungguh Neena dengan permintaan melampau Qir Fahad. Dalam banyak-banyak perempuan dekat dunia ni, kenapa dia juga yang dipilih sebagai bakal isteri? Sedangkan lelaki sehebat Qir Fahad mampu memiliki sesiapa saja. Pergilah petik jari tu!

Namun bila keselamatan emak dan along menjadi taruhan, Neena mula panik dan tidak senang duduk. Satu-satunya perlindungan yang dia ada hanyalah jaminan daripada Qir fahad saja.  Suka tak suka, kenalah kahwin juga kan? Nak selamat punya pasal.

Cuma Neena bimbang, bertambah elokkah hidupnya nanti? Atau semakin banyak masalah, konflik dan drama yang bakal menghuru-harakan jiwa?

“Neena.”
“Err, ya?”
“We’re gonna take a long journey, will you walk with me?”

Apa jawapan Neena?

versi Mummy Ayu plak...
heroin dlm novel ni..Neeta..
dia ni hidup x susah mana pun
but dia kena tipu ngan kawan dia
sbb dia terlalu obses nak kaya
dia nak keluar dr belenggu kesusahan

but tersalah langkah
jadi betul2 susah
sampai kena halau dr rumah sewa bagai
hilang kerja
serius hilang punca la

but...something happen
mcm bulan jatuh ke riba

hidup dia berubah 360 darjah
dia jadi "kaya"
shopping semua yg dia idamkan
bayar semua hutang kawan2 dia
tebus barang kemas mak dia
duduk suite di hotel

hingga la kekayaan dia tu 
kejar balik dia

time tu plak dia kenal dgn Qir
Qir tolong dia, selamatkan dia actually
but sbg balasan..Neeta kena kawin dgn Qir

emmm?
baru kenal berapa hari
dah kena kawin
nak ke Neeta?
tapi kalau x kawin
nyawa dia & family jadi taruhan
🤔🤔🤔

but for Mummy Ayu
berbaloi kot kalau dia terima Qir tu
dah la kaya, 
pangkat Dato' lagi
and caring, romantik, sweet
eh eh.. hover je Mummy Ayu kan

buat tersenyum sorang2 la Mummy Ayu sambil baca tu
ha ha ha 

serius..bila start baca tu
susah nak stop

jom la beli & baca ker
novel Acik Lana ni

congrats Acik !!!
keepn on writing key!!! 

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

3 comments:

  1. bila lah dana ni nk rajin membaca macam akak, mood membaca tu tak mari-mari kak

    ReplyDelete
  2. Wahh akak dah beli? Pantasnya hehe ika masih berfikir-fikir nak beli ke tidak. hee

    ReplyDelete
  3. adoiii masalah yang ada tu macam dia je sengaja cari

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...