Dia Bukan Syurga

Mummy Ayu beli novel i pun
sbb kawan opis dok cerita pasal drama adaptasi yg dok hangat kat tv
pas tu tgk kat IG sikit..
emmm, mcm menarik
as usual..Mummy Ayu x sabar la kan nak tunggu drama nya
beli novel terus
Dia Bukan Syurga
by Rissa Ahdiya

Cinta Nuha kepada Tajul, bukanlah hanya sekadar lafaz. Cinta itu ikhlas dari hati biarpun kadangkala sikap Tajul sangat menyakitkan hati. Sikap Tajul yang panas baran dan cemburu buta membuatkan Nuha terasa lemas. Namun, demi cinta yang tidak berbelah bahagi ditambah dengan rasa simpati, Nuha turutkan kata hati biarpun adakalanya dia rasa ragu-ragu untuk meneruskan hubungan.

Perkahwinan yang disangka dapat mengubah sikap Tajul, hanyalah tinggal impian semata-mata. Selepas berkahwin, semakin teruk Nuha menjeruk rasa. Namun segalanya dipendam demi memastikan perkahwinan mereka kelihatan bahagia dan sempurna di mata semua. Bagi Nuha, sikap cemburu buta dan panas baran Tajul mendera jiwa, tapi bagi Tajul, bukankah cemburu itu tandanya sayang?

Puas sudah Nuha merayu, Nuha menangis, namun segalanya sudah terlambat. Dek satu insiden, jodoh yang disangka kekal hingga ke syurga, terlerai juga. Bertahun Nuha memulihkan diri, mengubati hati. Sehinggalah dia bertemu dengan Arham yang pernah dahulunya dia kenali. Arham yang sering membelanya, Arham yang sering cuba untuk melindunginya.

Tapi bukan mudah semua itu untuk Nuha. Menerima Arham, seolah-olah menerima Tajul ke dalam hidupnya semula. Tidak! Nuha tidak rela untuk mengulang kesilapan yang serupa. Mampukah Arham mencairkan sekeping hati milik Nuha meskipun tahu yang bayang-bayang Tajul turut ada bersamanya? Adakah Arham syurga yang Nuha tunggu-tunggu selama ini?


2 hari la kot 
habis dah baca novel tu
banyak jugak lain dr drama nya
ada la diaorang ubah sikit2 
but jalan cerita nya..sama je

Nuha...
bercinta & kawin dengan..
Tajul ni
tapi Tajul ni panas baran & cemburu tak bertempat
serba serbi nak jelous
hangin plak bila Mummy Ayu baca
tu yg buat x sabar nak abis baca tu
kuar makan ngan kengkawan.. x boleh
nanti happy2 sgt...sampai x ingat dia
kuar pun x boleh sebarangan
kena maklum dia, kena minta izin dia
eh eh...

bila dah kawin..lagi terus la kan
silap sikit..kena tangan
sampai ke tahap..x boleh mengandung (kalau dlm novel la....drama x sure)
nak berdua jer.. x nak anak
nanti kalau ada anak, Nuha hilang fokus
eh eh..ko dah kenapa kan
sekali Nuha mengandung juga..termiss makan ubat
kena marah, pukul, pijak perut
sampai koma..
masuk sepital..that's it
family Nuha dpt tahu..masuk campur
yg lagi naik lemak si Tajul ni...mak pak dia pun menang kan anak dia
nie mak Tajul.... Lydiawati ....back up besar
Nuha kalau x degil, dengar ckp Tajul.. x de la Tajul nak marah
pukul bagai
heiiii...Tajul tu mental
faily Nuha buat report polis..Tajul masuk penjara
minta cerai pun..jenuh la baru dpt

time tu....abg Tajul plak 
Arham...
nie mcm x leh brain jugak
but...cerita kan

barisan pelakon .. not bad
abah Nuha.. Ahmad Tarmimi Saregar
mak Nuha....Dian P. Ramlee

semua mantap2 la
buat drama tu makin meletop
Ibu Mummy Ayu layan la
Mummy Ayu tgk kat IG sikit2 tu je
pas tu tukang cerita
ha ha ha... sbb dah abis baca kan
tapi..ada je lain2 tu so ok la 

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. Suami kak SA layan ye...akak je tak layan..x suka tgok citer ganas2 terpekik2 ni...trauma...hehehee

    ReplyDelete
  2. oh adaptasi novel daram ni..ada tgk sedutan tk follow dr awal..gile la suami panas baran tp tula bini pn dh kena pukul tk serik plak..nk tgu mati gamaknya

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...