Good luck & all the best sayang!!!

hari ni..3 Nov 2025
bermula la peperiksaan SPM utk batch 2008
termasuk la princess Mummy Ayu sorang tu...
Iris Nur Delisha....
good luck & all the best sayang
muka terpaksa tapi rela je....
pagi tadi..
mula2 ajak selfie x nak
tetiba dah nak sampai, tepek lipgloss dia..
ajak sekali lagi..baru ok
he he he..anak dara sungguh kannnn

all the best sayang
😘😘😘

as usual....jadual exam
tepek dah kat opis
tebal yer...

minggu ni ujian UBBM
ujian bertutur bahasa melayu
Iris punya sidang ...hari Rabu 5 nov
tu yg dia relax je pagi ni
and Mummy Ayu pun x de la berdebar sgt
masa ajak selfie tu pun 
Iris ckp..bukan nya exam hari ni..hari rabu la
Mummy Ayu ckp..hari ni...hari ni la
hari Rabu, selfie lagi
ha ha ha..
org pompuan kannn

next week..UBBI
ujian bertutur bahasa inggeris
Iris nya sidang... 11 nov, hari selasa
dia kata..nasib baik bukan hari isnin
hari isnin tu bday dia
boleh la pulak kan

lepas tu..ujian mendengar BM & BI... 20 nov

and peperangan yg betul2...
paper bertulis...mula pada 25 nov
as usual la...first paper..... paper BM 
time tu sure Mummy Ayu pun berdebar sama

moga Iris dpt menjawab dengan tenang, dengan tepat
dpt ingat semua yg dia belajar, study berhempas pulas
tuisyen setiap hari tu...
and moga Iris dpt result yg cemerlang...
aamiin

Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, 
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas,

Kurniakanlah kepada anak ku
 IRIS NUR DELISHA BINTI MUHAMMAD ZALMEN ZAKARIA  
keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, 
kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul dan 
kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.

Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, 
lapangkan dada anak ku Ya ALLAH agar dia tenang ketika di dewan peperiksaan 
dan jelas ketika melihat soalan.

Allahumma Ya Salam Ya Mu’min, 
Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, 
berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.

Allahumma Ya Mani’ (Yang Maha Mencegah),
 cegahlah mereka daripada penyakit lupa, lalai, cuai, was-was, 
resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan.

Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,
Ya ALLAH Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh. 
Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka
dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.

Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih,
 bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan 
dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.

Aamiin Ya Rabbil A'laamiin...

to all batch 2008
all the best & good luck semua!!!
you can do it!!!
caiyok caiyok!!!
💪💪💪 

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

0 comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...