Shoplinks.Asia

Tuesday, November 26, 2013

Resepi Kek Asam Manis

okay..nak share resepi lagi..
(sbb tgh takde idea lain)
emm...nie antara kuih yg Mummy Ayu suka..kalau Ibu buat
emm..yum yum...
kek lapis asam manis..
yup...asam manis yg nie..
boleh buat kuih
plus...kek nie tak guna tepung, tapi guna biskut marie..
bahan2nya:-
2 cawan tepung biskut marie 
(biskut marie ~ diblend halus)
1 cawan planta
3/4 gula halus
5 biji telur
1 sudu susu manis
2 sudu teh baking powder 
1 sudu esen vanilla
asam manis secukupnya..
warna ikut suka

cara-cara
pukul telur dengan gula hingga kembang.
kemudian masukkan planta sedikit demi sedikit sambil di kacau.
masukkan susu,esen vanilla kacau rata.
kemudian masukkan tepung biskut marie sedikit demi sedikit sehingga habis.
kacau rata bahagikan kepada dua bahagian.
satu warna asal,satu lagi warna yang anda suka.
kemudian masukkan dalam loyang 4 sudu ratakan.
kukus selama 10 minit.
kemudian angkat susunkan asam masukkan lapisan kedua 4 sudu adunan.
ratakan perlahan2.
buat hingga habis.
tiap lapisan kukus 10 atau 15 minit..
lapisan yg last sekali..(bahagian atas tu)..kukus lamas sikt..dlm 20 minit
pas tu..siap..
biar sejuk dulu, baru la potong
and..ready to serve...

:-)
selamat mencuba!!!!

2 comments:

zarena heeney said...

senang jugak yea
nak try buatlah
klu guna biskut marie peria kopi blh tak ayu?

msredcheesecake said...

RUPANYA MMG CUN, RASANYA MESTI LG CUN...

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno