Shoplinks.Asia

Thursday, April 30, 2015

Looooonnggg weekend!!!

seronoksnya
sbb minggu nie cuti panjang
:-)
mesti semua pun suka kan?


have great weekend yer semua!!
see you all on tuesday!!!!

Emmmm....nak buat apa yer cuti kali ni

seronoks la..sbb weekend ni cuti panjang..
PH 2 hari + weekend 2 hari
:-)

so...apa nak buat cuti kali ni..
emm..
kengkawan dah ada plan ke?
kami tak de plan nak cuti or jenjalan jauh2..
dekat2 jer
sbb .. as usual..Daddy pun tak cuti
so....kami dekat2 jer

plan no 1...
emm....nak bawak Ian & Iris nak gie tgk bola kat stadium
kira 1st time la nak gie tgk bola life kat stadium
mana lawan mana?
tunggu minggu depan ek
nie tiket pun lum dapat lagi
so..tak confirm jugaks la
plan...dah ada

2nd...
nak BBQ...
weekend nia..adik2 Mummy Ayu semua pun balik
so..kami gather2..nak layan BBQ
hari tu kat umah mentua
kali ni..kat umah kami plak

selain dr tu..
of coz la...
nak have fun!!
nak lepak..tgk movie, layan anak2..
suka la Ian & Iris
leh berkepit, manja2 ngan Mummy


Takde mood

assalamualaikum....
selamat hari khamis

lambat update blog hari nie..
sampai opis pun..lambat sikit pagi tadi
nasib baik boss ada meeting kat luar
kalau tak...segan gak 
sbb semalam lambat, hari nie lambat
tak best la kan

mood kureng sikit la hari nie
mcm malas jer
emmm..
maybe sbb mood nak cuti dah membuak2

he he he..
minggu ni kan..cuti panjang
best best!!

Wednesday, April 29, 2015

Kosong..kosong..kosong..

semalam...dah kosong dah semua..
v
v
v
v
v
dah tekan cashout dah


alhamdulillah..
ada gak BE yg masih running
:-)

Sediakan tisu sebelum baca cerita ni.............

cita nie...dpt dr whatsapp..
saja nak share kat sini

but .. nak kasi tau
cerita ni ..panjang tau
dah mcm cerpen dah
but.. sedih sgt
so..standby kan tisu key..

ada pengajaran yg leh diambil...
so..jom baca..................

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yg  bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dn isterinya turut tersenarai dlm senarai jemaah yg akan menunaikan ibadah fardhu haji pd tahun ini.

“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yg masih tak cukup tiga ribu ringgit lg tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lg.

“Insya Allah encik. Sy akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah. “Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dt keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. Insya Allah, dua bulan lg kita akan ke sana. Tak sabar betul sy, rasa mcm Kaabah tu dah melambai-lambai,” cerita Pak Uwei dgn wajah berseri-seri.

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dgn Minah tak dpt pergi. Namanya tidak ada dlm senarai.”

“Betullah Pah oii…… sy ni baru je balik dr Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.”

“Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dlm seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

“Alah Pah, kita mintalah tolong dgn Muaz dn Balkis. Takkanlah mrk tak nak beri. Bukannya byk cuma dua ribu seorg sj.” Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak2nya yg dua org itu tidak akan menghampakan harapannya. “Lusa hari minggu, sy nak suruh  budak2 tu balik, boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei.

“Kalau tak cukup bahagian sy tu, awak ajelah yg pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan  anak2 bang, lg pun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak.”
Mak Pah tidak bersetuju dgn rancangan Pak Uwei.

“Pah…. Muaz dn Balkis tu kan anak2 kita. Kita dah besarkan mrk, hantar belajar tinggi2  takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lg pun selama ni kita tak pernah minta duit mrk. Tak usahlah awak bimbang Pah, sy yakin anak2 kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yg menggunung di gantungkan kpd anaknya.

“Tp bang………..”

“Dahlah…… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Sy nak telefon budak2  tu,” pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.

Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yg dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mrk balik tanpa memberitahu hajatnya.

“Insya Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis.

“Ikut suka kaulah, bg Abah yg pentingnya kau dn Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak2nya, tp hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dgn Intan.

Sikap degil dn tak mahu mendgr kata anaknya itu menyebbkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz dn Balkis yg berjaya memiliki ijazah.
Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara2 sikap keras kepala Intan utk bekerja kilang, mrk bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mrk seperti org asing.

“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lg.” Pak Uwei tidak bersetuju dgn niat Intan yg hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lg abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yg rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dr mak bapa, bolehlah buat apa yg kau suka kan. Kau nak bebas mcm tu?”

“Itulah Abah, selalu nampak yg buruk aje. Bukan semua yg kerja kilang duk kat KL tu jahat, Abah. Kerja apa dn kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dlm rumah pun boleh Abah.” Intan cuba membuat Abahnya faham.

“Kenapalah kau seorg ni lain benar dr abang dn kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap mcm kau ni!”

“Intan memang tak sama dgn Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap  depan2, bukan membebel kat belakang,”balas Intan selamba menyemarakkan bara dlm dada Abahnya.

“Anak tak mendgr kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.” “Kau buat apa yg kau suka, aku tak nak ambil tahu lg!”

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yg Intan nak buat.

Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit, tp hanya kpd maknya shj.

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila  anak2nya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dgn cucu2nya.

Malam itu, selesai menikmati makan malam dn berjemaah sembahyang Isyak, mrk duduk berborak di ruang tamu.

“Sebenarnya ayah suruh kau org balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara.

“Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yg duduk di sebelahnya.

“Abah dn Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dlm senarai.
Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lg, abah nak minta kau dn Balkis bantu sikit. Tak byk dua ribu seorg cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

“Boleh tu boleh Abah, tp kena tunggu sebulan dua lg. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah.
Sebulan dua lg bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz.

“Tp…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran di buat segera selewat-lewatnya minggu
depan.” “Kalau dlm seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan  budak2 ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.
“Kau beli rumah lg, rumah yg ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.

“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sbb  budak2 tu pun dah besar,  masing2 nak bilik sendiri. Lg pun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pd Balkis. “Kamu mcm mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pd Balkis.

“Kis pun rasanya tak dpt nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man.
Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lg nak bersalin nak pakai duit lg.”

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendgr jawapan Balkis.

“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tp yelah, kata org kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”

“Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dgn kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz.

Kata2 Azman dn Muaz bagaikan sembilu yg menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dgn Intan, Pak Uwei terasa bagai di tertawakan oleh Intan bila kedua anak yg di  harap2kan menghampakannya.

“Tak apalah kalau kau org tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorg dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

“Kalau nak pergi sendiri dah lama sy pergi Pah.
Tak payah sy tunggu  lama2. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita  sama2 tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat mcm mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan  anak2nya dgn rasa kesal.

Intan tahu Abahnya  benar2 kecewa. Walaupun org tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tp Intan faham kecewa Abahnya teramat sgt krn tidak menduga anak2 yg selama ini di sanjung akan mengecewakannya begitu.

“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pd Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dgn abang dn kakaknya.

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

“Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.

“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya.
Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yg gemar membeza-bezakan anak.

Pg Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke mana Intan pagi2 dah bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”

“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.

“Tak payah mak, Intan nak pergi byk tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.”

Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yg keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dr bandar tengah hari itu, mak dn abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”

“Ingat lg Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak2, cuma anak2 aje yg lupakan mak bapa,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendptkan mak dn abahnya yg sedang duduk di ruang tamu.
Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mrk.

Pak Uwei menurunkan suratkhabar yg di pegangnya, kemudian menanggalkan cermin mata yg di gunakan utk membaca. “Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan.

Tawa Intan meledak tiba2 mendgr soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yg hilang dulu mula menyatu.

“Abah ni…… ke situ pulak….” “Habis tu?” “Ini….. kad Tabung Haji Mak. Td Intan ambil dlm laci tu. Yg ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dn ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dn Abah.
Yg dua ratus lg ni utk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dn duit di tangannya bagai tidak percaya.

“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yg halal Abah, terimalah. Selama ini Intan byk kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dpt membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sgt rasa kalah pd Abang Az dn Kak Balkis. Intan tak cantik dn baik mcm Kak Balkis, apatah lg bijak saperti mrk. Intan tahu Abah selalu kecewa dgn Intan. Hanya kali ini Intan dpt tunaikan hasrat Abah.” “Dah byk kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji.
Dulu krn Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Skrg ni masa yg sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yg sudah berkedut di mamah usia.

“Terima kasih Intan.
Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dgn Balkis dn Muaz yg memegang jawatan tinggi, tp akhirnya anak Abah yg kerja kilang yg membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yg selama ini di musuhinya.

“Sudahlah Abah. Yg lepas itu tak usahlah kita ungkit2 lg. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.”
“Pemberian kau ni terlalu terlerai bg Abah dn Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei.

Intan peluk abahnya erat.

“Hah……tulah, jgn suka memperkecil-kecilkan anak sy ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran

“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yg tersengih. Masa yg di tunggu2 tiba dlm keriuhan sanak saudara yg dtg menziarahi Pak Uwei dn Mak Pah.

Intan memerhati dgn perasaan gembira bercampur hiba. “Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

“Dah rasanya…… ada apa2 yg Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?”

“Tak ada mak. Mak jgnlah fikir soal apa yg nak dibeli Mak. Yg penting Mak dpt menunaikan ibadah dgn sempurna.”

“Hah! Awak dgr tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yg turut mendgr perbualan dua beranak itu.

“Intan tak nak Mak dn Abah belikan satu apa pun dr sana. Hanya satu yg Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dn akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya.

Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba2  sebak dgn permintaan Intan itu. Hanya dua jam lg kapal terbang akan mendarat di tanah air.

Pak Uwei mengerling Mak Pah yg lena di sebelahnya. Dlm keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pd anak2  terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tp bagai memberitahu yg dia akan pergi jauh.

“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga.
“Entahlah Pah, sy teringat sgt dgn Intan dn anak2 kita.”

“Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dr jauh lg Pak Uwei sudah melihat Muaz dn Azman menanti mrk.

“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dlm pelukan dn kemudian abahnya tanpa dpt menahan air mata menitis laju.

“Mana yg lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

“Mrk menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.

“Intan pun tak dtg juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.

“Awak ni….. kan Man dah kata mrk menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dr mulut suaminya. Perjlnan tiga jam dr KLIA utk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yg melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yg tak kena.

“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dgr cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pd Muaz dn Azman.

Muaz mengerling Azman yg sedang memandu. “Tentulah Abah ingatkan Intan, sbb Intan yg bg dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

“Tp Abah rasa mcm ada yg tak kena aje Az, dlm mimpi Abah tu, Abah nampak Intan mcm nak beritahu dia nak pergi jauh. Tp dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa2 dgn kau Az?”

“Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman.

“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei.

Azman dn Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dr kereta, Balkis meluru memeluk mrk dgn tangisan.

Suara Pak Long Basri yg bertakbir menambah sayu. Semua yg ada menitiskan air mata.

“Mak dgn Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dgn ibubapa mertuanya.

“Sihat, cuma batuk2 aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

“Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah.

“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorg pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pd bekas baju yg terletak di sebelah katil yg bercadar kain batik lepas.

Dadanya bergetar. “Az….mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dgn suara yg menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pd tepi pintu.

“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“Kenapa Az……. kenapa?”

Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dr pangkuan dn melangkah laju ke bilik Intan.

“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yg terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pd kita. Intan pergi pun dlm keadaan tenang. Barangkali krn hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yg masih belum pulang.

“Intan ada tinggalkan surat utk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa2nya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dn berpesan supaya kita jgn sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,”

Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yg tersedu.

“Bila dia meninggal? Siapa yg mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah.

“Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah.
Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lg, tiba2 malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tp katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat
Mak... tiga hari lepas.
Dia pergi dln keadaan yg cukup tenang mak,” cerita Muaz.

Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mrk sebelum melepaskan pemergian mrk. Dn ketika itu bagai terdgr-dgr suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dn Abah belikan satu apa pun dr sana. Hanya satu yg Intan mahu, Mak dn Abah doakan Intan bahagia di dunia dn ak hirat…..”

Bas rosak plak pagi nie..

assalamualaikum and morning semua..
selamat hari rabu!!!

pagi nie...Mummy Ayu lambat sikit sampai opis
sbb melepak kat tepi highway ..
:-(
which is..tak best sgt
see..betul2 kat tepi ladang kelapa sawit..

bukan Mummy Ayu sensorang
tapi satu bas
sbbnya..bas rosak
emmm..tak leh nak buat apa la
just tunggu bas penyelamat dtg..
bawak kami ke KL

masing2 pun pegang hp
msg or call opis la tu kot
inform....lambat..bas rosak
termasuk la Mummy Ayu

nasib baik la boss ok
and ada geng2 opismate yg sgt ok
diaorang la tolong cover..sementara Mummy Ayu nak sampai

sampai opis..dlm kul 8.45
meeting pun lum start
sempat la nak settle kan semua perkara yg perlu disettlekan..
alhamdulilah..

Tuesday, April 28, 2015

Dapat hadiah masa perhimpunan

semalam....balik keja
Ian laju jer cerita...and tunjuk hadiah dia..
"Anugerah Murid Berketerampilan"
wah..mcm ABP jer
Ian dapat & Iris pun dapat
tapi..Iris dah koyak dah sampul hadiah dia..
Ian ....dah buka juga, but elok2..
sbb dia tau Mummy dia mesti nak amik gambar
pandai la Ian..

dapat hadiah masa perhimpunan pagi lagi
wah....
kalau kita dulu..dah cukup seronok dah

apa pun...congrats to both of you
Mummy so proud
:-)


No lunch date..minggu lepas

jumaat lepas....takde lunchdate
sbb geng lunchdate Mummy Ayu busy..
so....jumaat lepas..
Mummy Ayu lunch kat opis jer
plus boss pun ada
kebetulan la sangat kan..

Happy tuesday!!!

assalamualaikum and morning semua..
salam selasa!!!

:-)

Monday, April 27, 2015

Moody...............................

assalamualaikum and morning semua
selamat hari isnin!!

as usual..
bila ingat isnin jer....
ala...dah nak keja
tu yg jadi moody tu
mood ke laut, ke sungai...merata-rata

why? why? wwwwwhhhhhhyyyyyyyy????

Friday, April 24, 2015

Bento-bento .... minggu ini.

as usual..
hari jumaat..
entry bento2..
:-)

isnin
nugget
wedges
fruits
apolli
jelly
solitive

selasa
mee guyeng
nugget
koko crunch
jelly
watermelom
milo

rabu
sausages
scrambled eggs
fruits
raisin
choc
milo

khamis
nasi guyeng
cekodok pisang
tembikai
vitagen
choc roll cakes

jumaat

roti nuttella & sandwich sardin
koko krunch
apple & grapes
mentos
dutch lady choc milk

siap utk minggu nie..
tunggu minggu depan pulaks
:-)

Salam Jumaat!!

Assalamualaikum and morning semua
salam jumaat!!!
busy & kelam kabut skt kat opis pagi ni

dok cari surat...tpi takde
cari fail..pun takde
yg ada..tak nak cari pulak
penin..penin..

Thursday, April 23, 2015

4 bag bento .. pagi ni

pagi nie ...4 bag bento 
Iris pun heran..
"eh, kenapa ada 4 Mummy?"
emmmm..
2 bag..as usual la...for Ian & Iris
menu pagi nie..nasi goreng
cekodok pisang
buah tembikai
kek roll choc
vitagen

yg lagi 2 bag tu...
ada 2 set bekas ni..
nasi guyeng & cekodok pisang
1 untuk Mummy Ayu..bawak bekal gie opis
1 lagi..untuk rumah Ibu
:-)

Mummy Ayu memang selalu mcm ni
kalau buat b'fast yg heavy skt..
mcm nasi guyeng, mee guyeng ker
mesti buat extra..utk rumah Ibu sekali
so..Ibu tak yah la buat bfast

Mummy Ayu pun sama...kadang2.. rajin gak bawak bekal ke opis
senang..tak yah nak pikir..nak makan apa & beli kat mana


Thursday!!

assalamualaikum and morning!!
selamat hari khamis

:-)

Wednesday, April 22, 2015

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"

lama tak join giveaway
and...lama jugak tak buat giveaway..
so..hari ni ..nak join giveaway
saja cuba nasib plus support kengkawan
kalau menang..alhamdulillah, rezeki
kalau tak..its ok...
so....giveaway anjuran blog Intan Berlian

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-
1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015
kalau nak hadiah2 nya..klik kat sini...menariks tau..HADIAH UNTUK PEMENANG IntaNBerliaN MEGA GIVEAWAY 2015
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA & AQILAH YANG AKAN CABUT UNDI (",)

so...sapa2 yg lum join..
jom join cepat, sempat lagi nie..
:-)
all the best & good luck!!

Be happy!!!

assalamualaikum and morning semua
selamat hari rabu!!!

:-)

Tuesday, April 21, 2015

Novel baru Acik Lana ~ Chandelier

novel mesti ada dalam koleksi...Mummy Ayu
by Acik Lana...

"Chandelier"
emmm...ni mesti ada nie..
waktu Acik Lana kuar intro sikit jer..kat FB ..
pun dah tau..mesti best!!!

jom baca sikit...intro nya ..by Acik Lana...

Gold Digger – itulah label yang sering diberikan kepada Keisha Edlina. Berbekalkan wajah pan asian dan kesempurnaan bentuk tubuh, dia memiliki hidup serba mewah dengan cara yang amat mudah. Goda lelaki kaya, jual ayat cinta, dan peras harta mereka sehabis daya. 
dia angkat kaki untuk mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Namun sampai ke satu tahap, Keisha Edlina mula mencari calon suami untuk kehidupan yang lebih stabil. Dan syarat utama, lelaki itu perlu banyak harta. Wajib! Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Dan matlamatnya hanya satu, dia mahu bergelar Puan Sri tidak kira apa pun!

Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluan kakinya. Di mata Keisha Edlina, Kaef hanyalah lelaki tampan yang memiliki taraf hidup biasa-biasa saja, tidak punya banyak harta atau kemewahan. Tapi aneh, kenapa hati masih boleh terpikat dengan hanya keikhlasan lelaki itu?

Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu persatu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban. Berkorban demi lelaki yang dia cintai sepenuh hati!

“I tak nak hidup susah Kaef, I tak boleh hidup susah and you know that!” – Keisha Edlina.

“Sebab saya bukan lelaki yang mampu menjanjikan intan dan berlian di tubuh awak kan? 
I will never be good enough for you. Fine, I got that.” – Kaef

Jerih hari-hari yang dilalui Keisha Edlina tanpa kehadiran Kaef di sisi. Sangkanya keperitan hidup sudah berakhir, namun jelas sekali dugaan demi dugaan masih belum jemu menjengah. 
Jadi di mana kesudahannya derita Keisha Edlina?

Mampukah dia menggapai bahagia suatu hari nanti? 
Atau dugaan dari Allah akan terus menghukum satu persatu dosa 

emm...menariks kan..
Mummy Ayu dah order dah kat Kaki Novel
senang..order online jer
sbb kalau nak tunggu kuar kat kedai buku..
mesti lambat..
takut abis lagi..
stok belum sampai la..

and..nak gie Pesta Buku pun...kena berebut gak
so..senang cita..order online
dapat diskaun lagi, free postage lagi
senang kan?
kalau kengkawan nak order online gak
leh jengah kat sini...

Siput apa ni?

ingat tak..last week Mummy Ayu ada cerita pasal seni lukis Ian...
and ... ini la hasilnya...
kena buat siput
mula2 tu..of coz la berterabut
Mummy Ayu cabut balik semua
and...ajar Ian buat balik
susun rapat2...baru la cantik...
tak pakai pun halba..sbb bau dia kuat sgt
Mummy Ayu ganti ngan kacang dall & kacang soya
lagi cantik warna dia
cuma yg bawah tu jer...tak banyak sgt
sbb gam uhu dah abis...

ok la kan

Lunch jumaat lepas

hari ni.....curi2 masa jab
update cita lunch ... jumaat lepas.

as usual..jumaat hari kami lunch together2..
so.minggu lepas..kami layan japanese again..

kat port baru kami.. Sushi Tei kat MV
yum yumm

us..
Mummy Ayu
Notti Netti

kali ni makan selesa...sbb dapat meja besar
penuh la meja..kami keja kan
yum yum...
ada shoyu ramen, ada california roll, ada tamago mentai

soft shell crab maki

aburi sal roll

semua pun cedap2...

pas makan..kami jenjalan
window shopping jab
pas tu...layan nie
Immunity juice....from boost
minum minuman kesihatan sikit
he he he..

pas ni..mungkin dekat nak 3 minggu baru jumpa Net
sbb dia kena berkhidmat untuk negara

Happy tuesday!!

assalamualaikum and morning semua!!!
salam selasa..

:-)
busy skt sbb boss baru masuk keja semalam
surat & fail..melambak giler...
yg kuar banyak..yg masuk pun banyak
org ramai gak..jumpa boss..

busy busy busy

Monday, April 20, 2015

Salam 1 Rejab

assalamualaikum and morning semua
selamat hari isnin
and....
salam 1 rejab

baca doa dulu..kalau lum baca tu...
aminnnnn...


Friday, April 17, 2015

Bento-bento untuk minggu nie

as usual..
entry di petang jumaat..

bento2..for Ian & Iris utk minggu ni..

Isnin...
nasi guyeng + telur guyeng
apple & pear
ducth lady choc
jelly & apollo

selasa
mee guyeng
honey star
grapes
milo

rabu
nugget + sos cili
pear
apollo
milo

khamis
sausages + sos cili
wedges
grapes
choc cookies
raisin
milo

jumaat
nasi goreng + nugget
grapes & paer
choc rolls
nutrigen

siap utk seminggu
kena pikir menu minggu depan plaks
:-)

Projek cuti ..rabu lepas

hari rabu tu kan..Mummy Ayu cuti 1 hari
tak gi mana2 pun..budak sekolah
Mummy Ayu pun lepaks....
petang tu...main masak2..
pas makan....siap2 bancuh
dua bancuhan..
emm....
Mummy Ayu buat apa???

1st donut...
untuk minum petang
ada yg gula biasa & ada yg letak choc...

pas tu..2nd..choc cookies
saja suka2....utk makan2...
siap deco sikit2...
:-)

yum yum!!

Salam jumaat!!

assalamualaikum and morning semua
salam jumaat!!!
:-)

Thursday, April 16, 2015

Macam hari Isnin plak ....

assalamualaikum and morning semua
selamat hari khamus!!

its a new day..
semalam kan Mummy Ayu cuti 1 hari
so..hari ni rasa mcm hari isnin la..
emmmm

Wednesday, April 15, 2015

Soalan favourite..... lately ni?

minggu lepas n minggu ni kan..boss Mummy Ayu cuti...

takde boss...kira relax la sikit...
leh katakan...semua yg jumpa Mummy Ayu & yg tau boss cuti
akan tanya soalan yg sama...
kira soalan fav la...
" tak cuti ke Ayu..boss takde ni"
"boss takde ni.. rehat la Ayu. Napa tak cuti?"
"Ayu..tak cuti ker?"
"kalau saya ni..boss takde. Dah lama dah cuti"

ramai yg prihatin gitu..
ma acih...

jawapan Mummy Ayu..
hari tu..cuti sekolah..dah cuti dah
pas tu..kat opis ni..ada yg tgh standby...wife nak bersalin
yg sorang lagi...baru naik dr cuti..wife bersalin jugak...
tu yg tak cuti tu..

tapi...semalam semua dah ada
yg cuti pun dah keja
yg nak cuti pun..lum cuti jugak
so .. Mummy Ayu cuti la hari ni... 1 hari jer...jadi la..
saja2 rehat umah...

:-)

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno