Dah order dah....

dah order dah kat Kaki Novel
novel bulan februari

Merah Cinta Epal
Sinopsis:-

Kerana sebiji epal merah, hidup Irdina menjadi tunggang-langgang!
Bak roller coaster yang bisa membuatkan jantung
seakan-akan mahu melompat keluar dari badan.

Kerana sebiji epal merah,
Ekhmal telah benar-benar jatuh cinta dengan gadis pujaan hatinya.
Dan kerana sebiji epal merah jugalah mereka bertemu semula.

Kerana sebiji epal merah, Irdina terpaksa berlakon sebagai tunang Ekhmal.
Pelbagai dugaan terpaksa dirempuhi.
Dia terpaksa berdepan dengan mama Ekhmal,
Puan Sri Hasmiza yang amat cerewet dan mementingkan darjat.
Dia juga terpaksa berdepan dengan sepupu Ekhmal,
Balkhis yang sepatutnya dijodohkan dengan Ekhmal.
Dia juga terpaksa mengikut ‘rentak tarian’ Ekhmal yang amat spontan
hingga hampir-hampir membongkar rahsia mereka berdua.

Tatkala Ekhmal dan Irdina benar-benar jatuh cinta,
Hasmir hadir memusnahkan pelangi indah yang mewarnai hidup Ekhmal dan Irdina.
Keadaan semakin keruh apabila Balkhis turut sama bersekongkol dengan Hasmir demi mendapatkan semula Ekhmal.
Kehadiran Isma merumitkan lagi keadaan.

Bagaimanakah masalah yang berselirat ini dapat dileraikan?
Bisakah Ekhmal dan Irdina menyulam cinta di mahligai bahagia?
Hasmir… berjayakah dia menggapai cinta daripada Irdina?
Balkhis… dapatkah dia merebut semula Ekhmal dari tangan Irdina?
Puan Sri Hasmiza… dapatkah dia menerima Irdina sebagai menantunya?
Apakah kaitan Isma yang tiba-tiba ingin mencampak Irdina ke lembah derita?
Segala-galanya bisa terjawab dalam MERAH CINTA EPAL.

“Rasa cinta kita seperti manisnya epal merah.”

and

Cinta Dalam Hati
Sinopsis:-

Cinta Dalam Hati membawa kisah Annissa yang tidak pernah kenal siapa ibunya.
Dia hanya menumpang kasih dengan Haji Adam,
yang berperanan sebagai abah dan ibunya.
Namun dia sentiasa bersyukur.
Bagi Annissa, cukuplah apa yang telah dikurniakan padanya.
Sementelah hidupnya dilengkapi dengan kehadiran Abang Badrulhisham,
Kak Aida dan anak-anak buahnya yang keletah – Hakim dan Nadiya.
Ditambah pula dengan Edham, jejaka yang telah sekian lama cuba mencuri hatinya.

Hidup tanpa ujian dan dugaan, tidak bias mematangkan fikiran.
Kehadiran Irman dan Suriya bagaikan penamat
kepada kisah cinta Annissa dan Edham.
Keakraban di antara Annissa dengan Irman
telah menimbulkan riak curiga di hati Edham.
Ini telah menyumbang kepada ketegangan dalam perhubungan Annissa dan Edham.
Suriya pula pantas mengambil kesempatan.
Dia seperti menangguk di air yang keruh
dalam ketegangan percintaan abang tirinya itu.
Baginya, dia perlu mendapatkan Edham dengan apa cara sekalipun!

Sudah tertulis jodoh di antara Annissa dan Edham tidak kesampaian.
Annissa kecewa apabila Edham memilih Suriya sebagai ganti cintanya.
Kemudian, Haji Adam pula telah dijemput pulang ke pangkuan Ilahi
telah menambah parah luka di hati Annissa.
Annissa terkapai-kapai tanpa kasih sayang dan lindungan Haji Adam
yang selama ini memayunginya daripada derita dan sengsara.
Mujurlah ada Abang Badrulhisham dan Kak Aida, peniup semangat
agar Annissa tidak terus rebah dipukul badai ujian.

Seminggu setelah Haji Adam dikebumikan,
Annissa menerima sepucuk surat peninggalan Haji Adam
yang telah membongkar segala-galanya!

Siapakah Annissa sebenarnya?
Apakah yang terkandung di dalam surat Haji Adam itu?
Bersatukah cinta Annissa dan Edham akhirnya atau cinta itu terpaksa dibiar berlalu pergi?

“Cinta sejati memerlukan kesetiaan, cinta suci menuntut sebuah pengorbanan.”

minggu depan sampai kot?

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

5 comments:

  1. peminat novel rupenya ayu nie ..
    selamat membaca dikk ;)
    novel kedua tuu macam menarik ;)

    ReplyDelete
  2. ko dah buleh buat library novel ni ayu... kasi sewa kat org

    ReplyDelete
  3. waah kaki novel betul~ ayu ada byk masa betul kan bleh spend time tuk sesi membaca2 novel..eina ni ntah le tak cukup2 masa rasanya.. tmbh2 bila dh ada anak kecik ni..lagila masa terhad tuk diri sendiri..huu~ apapun enjoy!

    ReplyDelete
  4. mummy ayu boleh bukak kedai novel...:D

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...