Bantuan Kecemasan Banjir Cambodia ~ The Telekung Project

sharing is caring

as usual...
kalau ada peluang untuk berbuat amal
Mummy Ayu mesti share kat sini
so..sama2, kita ramai2 boleh menghulurkan bantuan 
apa yg termampu...

sekali lagi..dr The Telekung Project
jemput baca yer....
Assalamualaikum,
URGENT CALLING, minggu ini admin sedang mengusahakan bantuan kecemasan untuk saudara kita di Cambodia yang sedang di uji banjir. Mengikut maklumat dari ADCC, setakat database yang mereka maklum ada 7 kampung sebanyak 1250 keluarga terjejas banjir iaitu:
Kampung Steng Trong 150 keluarga
Kampung Mak Prang (Kampot) 200 keluarga
Kampung Prek Nop (Kampongsom) 140 keluarga
Pom Pongro (Tabong Khmom) 200 keluarga
Pong Tres 170 keluarga
Barai (Kampung Thom) 190 keluarga
Banteay Meanjeay 200 keluarga

Oleh yang demikian, admin sedang usahakan untuk bentuk bantuan;
FOOD KIT (bantuan makanan), beli di cambodia
COMFORT KIT (selimut dan bantal kecil, kain pelikat dan kain batik dan tuala) bawa dari Malaysia
SOLAT KIT (telekung, sejadah, kopiah) bawa dari Malaysia
HYGIENE KIT (sabun, ubat gigi, berus gigi, shampoo, tuala kecil dan tuala wanita) bawa dari Malaysia/beli di cambodia
RESCUE KIT (ubatan asas dan first aid) bawa dari malaysia/beli di cambodia

InshaAllah, admin akan bertolak ke sana pada 6 Ogos 2018 - 9 Ogos 2018 untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terjejas banjir dan bilangan keluarga bergantung kepada berapa yang dapat dikumpulkan untuk membantu mereka.
Mungkin tidak mampu menolong semua, sekurang-kurangnya kita prihatin dan berusaha.
Kepada yang ingin menghulur bantuan seikhlas, boleh melalui;
 CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek

 MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan BANTUAN KECEMASAN BANJIR CAMBODIA
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733

   PALING PENTING; ISIKAN BORANG DIBAWAH UTK REKOD AUDITING KAMI.

Dalam bentuk barangan admin perlukan
TELEKUNG,
KAIN BATIK
KAIN PELIKAT
KOPIAH
TUDUNG
TUALA MANDI
TUALA MUKA

dan boleh serahkan pada kami sebelum hari SABTU ini utk kami pack, timbang berat utk dibawa ke cambodia. Boleh whatsapp Puan Saodah di 0193597733 utk serahan.
Semua sumbangan bentuk wang akan digunakan utk menyediakan FOOD KIT (keutamaan), comfort kit, hygiene kit dan rescue kit.
Ketika ini ada kawasan yang air mulai turun dan ada kawasan air masih naik.... Doakan semua mangsa yg terjejas selamat dan diberikan ketabahan.
Admin juga perlukan bantuan sahabat semua yang prihatin utk kita sama-sama share post ini untuk sebarkan doa dan makluman untuk misi bantuan ini.
Tak tahu nak kata apa.... tak dpt bayangkan mana rumah yang hanya dibina dari Bamboo.... agaknya bagaimana keadaannya..... Hanya mampu berdoa. Dan admin ucapkan terima kasih pada sahabat yang prihatin dan menghulukan bantuan segera..... Semoga Allah menerima amal kebajikan daripada kita semua.
Doa juga buat mangsa gempa di Lombok, Indonesia,
Dan juga activist kemanusiaan dimana. kapal AL AWDA dirampas pihak israel dalam usaha menghantar bantuan ubatan.....

Ya Allah.... mudahkanlah urusan kami semua dan saudara - saudara kami yang perlukan pembelaan dan bantuan, AMIN
Salam Ukhwah,
Azila Aziz


so...sapa yg berminat
leh la jengah ke FB diaorang

selamat beramal!!
:-)

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

0 comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...