3 tahun ~ 14 Julai

assalamualaikum...
salam selasa
selamat pagi semua

pagi ni...extra sayu...
mcm nak cuti je
but takde alasan pun nak cuti
so..keja jugak la

hari ni... 14 Julai
3 tahun yg lepas
Mummy Ayu kehilangan seorang insan bergelar suami
my other half ... Didi
Ian & Iris kehilangan Daddy
Ibu & Ayah kehilangan menantu sulong mereka
Mak & Abah kehilangan anak lelaki mereka
adik2 kehilangan abang/abang ipar
antara tarikh yg Mummy Ayu tak mungkin lupa

Al Fatihah buat kesayangan kami
Surah Fatehah | Fateha | Al Fatihah Fatiha | Islamic Wall art" Art ...
14 Julai 2017
Jumaat pagi

semuanya masih segar dlm ingatan
:-(
in fact
semua yg berlaku on that time
start dr Mummy Ayu touch down on 4 julai 2017 tu
balik on his 40th birthday
wedding my sis
gi opis Mummy Ayu
gi umah babysitter Ian & Iris
gi main bowling
hingga la gi dinner malam last tu..kat medan selera ampangan
than pagi 14 julai tu
Mummy Ayu kejut mcm biasa 
Di dah takde
dah tak respon
dah pergi dijemput Ilahi

Mummy Ayu text Ibu
Mummy Ayu minta tlg jiran sebelah rumah
Mummy Ayu call ambulance
Mummy Ayu call Abah
Ibu sampai
ambulance sampai
Abah sampai
Ian & Iris sampai (diaorang tido umah Ibu malam tu)
semua nya dah tersusun & diaturkan rapi oleh Allah
semua nya berjalan dgn lancar

ramai yg tolong
ramai yg bantu
ramai yg datang
semuanya dipermudahkan
alhamdulillah
Mummy Ayu redha sgt 
Mummy Ayu sedih sgt
Mummy Ayu jadi mcm blur hari tu
tak boleh nak berfikir mcm biasa
mcm blank je fikiran
but alhamdulillah diberi kekuatan oleh Allah
and ramai sgt disekeliling Mummy Ayu yg berkongsi kekuatan
memberi bantuan, memberi semangat
Allahuakbar, 

ingat lagi hari tu
dr pagi memang adik2 yg uruskan makan, minum
beli bfast
semua suruh Mummy Ayu makan
sbb Mummy Ayu ada gastrik
makan, tapi x rasa apa pun
just paksa diri utk telan
anak2 semua Ibu & family tlg uruskan

kat surau, lepas kebumi semua
Ian & Iris ngadu lapar
Allahuakbar...Mummy Ayu lupa anak2
pukul 3 lebih...x lunch lagi
ada seorang hamba Allah tu dengar
makcik tu gi kedai beli kan roti, air mineral, air kotak
katanya tu je dia leh beli sbb dah lepas waktu lunch
nak order goreng2..lama plak
alhamdulillah....tak kenal pun makcik tu
but terima kasih sangat
Allah hadirkan hambanya membantu kami

lepas dah semua org balik
baru Mummy Ayu pula ke pusara
nampak ada anggota yg kemas2 kerusi, khemah
siap ada khemah yg ada kerusi
kat tepi kubur tu
Allahuakbar
teratur sgt semuanya
ramai yg bantu

Mummy Ayu x nak Didi di postmortem
Di lepas dr proses tu
Didi memang ckp teringin nak kena eskot ngan polis trafik
Kak Ina kata..masa dlm van jenazah tu
memang ada polis trafik yg eskot

alhamdulillah sgt semuanya berjalan dgn lancar & dipermudahkan
rindu....jgn ditanya

Rindu itu datang menerpa, sebagai "hadiah" buat kami untuk mengingat dan mengenang. Lalu kami meluah dan berkongsi rasa serta kenangan.
Kami menangis bukan kerana sedih atau kecewa. Kami sudah terima takdirNya, kami redha sepenuhnya. Namun, setiap titis airmata yang jatuh itu akan melepaskan beban rindu kami seadanya.
Orang kata "time will heal".
Sebenarnya kami tidak perlu "heal". Kami sentiasa mahu rasa rindu itu. Kami sengaja memilih untuk mengenang dan merindu. Kami mahu setiap memori yang ada tersemat kukuh, kami mahu memori yang pudar pula akan kembali jelas.
Kenapa begitu?
Kerana setiap kali ingatan dan rindu itu datang, ia membawa bersama secebis kebahagiaan buat kami. Benar, mengenang bahagia itulah sebenarnya yang memberi bahagia.
Dan sesungguhnya, bahagia itu sentiasa ada dalam setiap kenangan dan rindu yang datang menerpa.
Lalu kami semat dan simpan sebaiknya.

memang banyak Mummy Ayu luahkan dlm blog kesayangan Mummy Ayu ni
utk coretan, utk luahkan apa yg terpendam
utk mengenang memori bersama, 
and bila menaip tu..air mata confirm berderai sama
rasa sedikit lega sbb apa yg terbuku dapat dilepaskan
sedih, sayu sampai sakit dada kadang2 tu
Allahuakbar
Mummy Ayu takde la kuat mana pun
selalu je nangis, nangis tiba2 je
selalu bercerita pasal Didi
sampai nangis2 bercerita than gelak pulak
rasanya...selalu je sebut nama Didi..dalam perbualan
kadang2 tu rasa mcm Didi still ada lagi
(yes..he always in my heart, in my prayer..)

kat mana2 pun selalu ingat kat Didi
kat rumah lagi la...
walaupun semua nya berbeza
but memori tu tetap ada

dalam keta ... tgh drive
tetiba je boleh sayu & nangis

kat opis...ada masa memang tetiba je air mata tu mengalir
cepat2 istifar & sedekahkan al fatihah 
tu je yg mampu buat

kadang2 ada masa tu, rasa nak whatsapp Didi..nak cerita story yg best
but ... dia takde dah
even baru2 ni ...my sis dtg tido umah
nak tertanya..mana Abg Man?
:-(
my sis pun mcm tu...apa lagi my self kan?

okies..panjang plak entry pagi nie

Al Fatihah buat kesayanganku
damailah dikau di sana
doa tak pernah putus ku titipkan
moga kita kembali bersama di sana nanti
Al Fatihah....aamiin...
❤❤❤

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. Innalillahwaiinalillahirojiun.. Alfatihah untuk suami mummy ayu. 3 tahun berlalu, rindu pada yang dah tiada sukar di gambarkan, semoga mummy ayu sentiasa kuat besarkan anak2. semoga anak2 sentiasa membahagiakan mummy ayu jadi anak soleh solehah.

    ReplyDelete
  2. kami semua di grup SKR terkejut masa dengar berita pemergian arwah suami ayu. Ammi ingat lagi masa tu ammi kat rumah SIL sbb dia ada buat makan-makan. Ammi jadi tak lalu makan sebab macam terbayang2 muka arwah. Walaupun baru sekali je kita jumpa (di Allson kan Ayu) tapi rasa dekat gak sebab slalu baca blog kan.

    Al-Fatihah untuk arwah.
    Semoga Allah angkat darjatnya,
    Semoga Allah terima segala amal kebaikan yang pernah arwah lakukan.

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...