jom review novel plak
dah baca 2 buah dah
yg ni yg pertama settle baca
"Imamku Lelaki Pendosa"
by Umie Nadzimah
blurb belakang novel...
Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria
bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar.
Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu.
Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan
dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!
Apakah dosanya?
Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?
Tiba-tiba ibu Dean Ilyas beriya-iya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu.
Nak cepat pula tu langsungnya.
Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.
“You ni serius ke Dean dengan rancangan orang tua you?
Atau kerana terpaksa saja?”
- ANGGUN
“Syurga anak lelaki kan di bawah telapak kaki seorang ibu.”
- DEAN ILYAS
Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya.
Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status,
walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.
Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya.
Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah
alat untuk menyelamatkan maruah keluarga
dan menjaga egonya sahaja.
Dengan harapan kehadiran Cahaya akan
memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.
Tapi bahagiakah Cahaya bersuamikan Dean?
“Kita jangan berpisah boleh tak?
Saya sangat selesa kawan dengan awak.
Baik, memahami, tak pandang jijik pada saya...
Awak ikhlas.”
– DEAN ILYAS
review by Mummy Ayu of coz la kan...
Cahaya heroin dlm novel ni
anak kedua dr 3 beradik
ceria, happy go lucky
dah bertunang elok2 ngan Nik Safri
tapi bila time nak kawin...
tetiba putus
disebabkan status "anak tak sah taraf" Cahaya
emm...cam ne leh dpt status tu
kena baca yer
but... laju je disambar oleh Datin Junaidah,
kawan sekolah lama abah dia..
dan nak dijodohkan dengan Dean..satu2 nya anak bujang nya
Cahaya & Dean pernah berjumpa secara kebetulan
and masing2 pun bersetuju
bertunang, berkahwin
tapi bercinta lepas kawin
Datin Junaidah siap kasi hadiah honeymoon di Bali
wah
tapi honeymoon tu nak berapa nak honeymoon
disebabkan muncul "orang ketiga" yg x disangka
emmm...
tapi Cahaya beum perasan lagi
hingga la..."orang ketiga" tu kerap hadir
nak tgk wayang ada, nak dinner ada,
nak shopping barang dapur pun..ada jugak
okay, that it
baru la Cahaya perasan & sedar
sbb tu la mak mertua nak diaorang kawin cepat
sbb tak berkenan dengan "orang ketiga" ni
Cahaya cuba pisahkan Dean, suami dia
dengan orang ketiga tu
bukan senang, banyak cabaran & dugaan yg ditempuhinya
hingga Cahaya terpaksa buang sifat malu nya
berjaya kah Cahaya???
kena la baca....
alaaaaaaa...tak acilah kasi teaser camni. nak kena beli ke ni?
ReplyDeletekalu dekat leh pinjam je aku punya...
Delete