Covid19 - setakat 24 November 2020

semalam punya statistik...
sgt menakutkan
dah cecah 2 k dah kes baru 
bukan kes aktif...kes baru ye yg 2 k tu
dalam masa sehari
Allahuakbar
takut, sedih, kecewa, geram, kesian
semua ada tau bila dpt info ni

Mummy Ayu selalu dpt info ni
masa dalam kereta
jalan balik keja tu
memang terkejut sgt
masa 1.8 k pun da takut
ni dah masuk 2 k
lagi la 

mohon dijauhkan dr kita semua
mohon diberikan kesembuhan bagi siapa yg kena tu
bagi yg dah meninggal duni, mohon dicucuri rahmat ke atas rohnya
aamiin...

bagi kita yg masih sihat ni
sama2 la jaga & cegah
stay at jome
keluar bila bila ada keperluan sahaja
keja, nak beli brg keperluan
takat nak gi makan...tak payah la
dok umah masak
tak tau masak, ha..ni la time nak belajar masak
or worse come to worse pun....tapau je la
order delivery ke
tak payah la angkut 1 family , makan..seronok2..
bukan masanya..time mcm ni

byk kedai makan pun..buat service delivery time mcm ni
food panda, grab pun...banyak

anak nangis, merengek..bosan dok umah
eh eh.....
geram tul bila dgr yg kasi alasan mcm ni
ko mak bapak ke, diaorang yg mak bapak?
sapa nak kena dengar cakap siapa?
kena explain kat diroang..
ni bukan masa nak jenjalan
ada virus yg kita tak nampak kat luar tu
dok kat umah
pandai2 la cari aktiviti utk anak2..kasi diaorang x bosan
kerja sekolah pun ada kan...buat pelan2..
baca buku, tgk tv, main indoor game
buat aktiviti masak sama2

or..time ni jugak la..boleh ajar diaorang buat kerja rumah
tolong mak kat rumah
kerja2 basic...sidai baju, angkat baju, lipat baju
tu memang keja rutin Ian & Iris la kat rumah
buang sampah, vacuum rumah, mop rumah, basuh bilik air
pun keja Ian & Iris dah...
mcm2 boleh buat rumah tu
selain dr main hp, main game

indoor game...belambak
congkak, dam, chess, carom, saidina, sahibba
Mummy Ayu siap ajar Ian & Iris main game lama2
masa kita kecik2 dulu
nama negeri, yg pangkah2 tu
seronok diaorang

yes..faham, kids cepat bosan
kita sbg parents la yg kena bijak arrange kan program utk diaorang
supaya diaorang x bosan 

Ian & Iris maybe sbb dah terbiasa selalu dok rumah
masa kat Bangkok dulu
diaorang memang jarang kuar jenjalan
dalam 2 minggu sekali baru kuar gi bandar
ada tu..kalau time busy, sekali sebulan baru dpt kuar jenjalan
tu yg bila kuar..tgk wayang, makan, main game
so maybe sbb tu diaorang x cranky sgt

but yet...no reason la
kita yg handle anak2..
boleh tak boleh
kena bolehkan juga

lagi satu alasan
ala..kawasan tu je yg tinggi kes
area ni takde apa pun
eh eh?
ko tau org kawasan yg tinggi kes tu pegi mana
ko confirm org2 yg masih belum tau diri diaorang tu positif covid...
tak pergi kawasan ko pergi tu 

nak tau diri sendiri kena covid pun dalam masa 14 hari
ada yg pegi 1st swab takde apa, 
masa 2nd swab baru positif
so memang x leh diterima akal la alasan ni kan

but finally...org akan cakap
tak kena kat diri sendiri, ko x faham, ko x rasa
ok fine...
up to you all la
kita cuma pesan & ingat kan each other
mana yg boleh elak, kita elakkan
sama2...utk diri kita juga

stay safe, stay at home
kita jaga kita
😉😉😉

kes semalam..mengikut pecahan negeri

🔴🔴🔴 Selangor 1623 KES 🔴🔴🔴
🔴🔴🔴 Sabah 232 KES
🔴🔴🔴 Perak 112 KES
🔴🔴 Kuala Lumpur 90 KES
🔴🔴 Negeri Sembilan 73 KES

🟡🟡🟡 Johor 19 KES
🟡🟡Pulau Pinang 15KES
🟡🟡Kedah 14 KES
🟡 Kelantan 6kes 
🟡 Melaka 2 kes 
🟡 Sarawak 1 kes 
🟡 Labuan 1 kes

🟢 PERLIS 0KES
🟢🟢 TERENGGANU 0KES
🟢🟢🟢 PAHANG 0KES

JUMLAH KES KESELURUHAN 2,188KES

join t.me/Covid_19Malaysia
#KitaJagaKita
#NormaBaharu
24 November 2020
4 kes kematian (3 Sabah, 1 Pulau Pinang)

malam sikit dah kuar pic ni
laju je netizen ni
😂😂😂

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. semoga cepat reda covid ni. hilang terus dari bumi ni..

    ReplyDelete
  2. tak tahuuuu nak rasa apa dah tengok kes di Selangor..
    menangis tak ada airmata dah..

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...