Seremban - PKPB

semalam dah diumumkan
daerah Seremban pun dah dikenakan PKPB
mulai esok
5 Nov - 18 Nov 2020
suka x suka
kena la follow SOP yg dah ditetapkan
antaranya -

pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan
 kecuali bagi kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran polis
* bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran majikan hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

* individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak

* semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz adalah ditutup

*ktiviti keagamaan di masjid dan surau seperti laungan azan, solat lima waktu dan solat Jumaat akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri

* semua aktiviti sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan

* semua kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP ditetapkan. contoh restoran dan kedai makan dihadkan kepada dua hingga empat pelanggan semeja dengan SOP premis makanan ditetapkan.

* pembelian makanan juga digalakkan dibawa pulang, dinatar atau secara pandu lalu.

* Sementara itu, pasar harian dibuka 6 pagi hingga 2 petang, pasar borong (4 pagi – 2 petang), pasar tani (6 pagi – 12 tengah hari) dan pasar malam bermula 4 petang sehingga 10 malam dengan pematuhan SOP yang ketat dan pengawasan anggota Rela, katanya.

operasi stesen minyak bermula 6 pagi hingga 10 malam kecuali di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.

Beliau berkata, kenderaan membawa pekerja boleh beroperasi seperti ditetapkan sebelum ini.

Waktu operasi klinik, hospital kerajaan dan swasta dibenarkan 24 jam manakala farmasi dan kedai ubat-ubatan mulai 8 pagi sehingga 11 malam.


statistik kes civid setakat semalam...
stay safe
stay at home
jgn keluar kalau x perlu
nak gi bawak anak makan kat luar ke,
nanti2 la
better dok umah diam2...
biar la anak menangis boring,
jgn kita yg menangis kemudian hari

Mummy Ayu sendiri
memang x de la ke mall2 ke, 
gi keja balik keja
kuar makan pun, kalu dah x de makanan kat opis
tu pun memang gi kedai makan, balik opis
takde la gi jenjalan mall..mcm dulu2 pun

Ian & Iris lagi la
memang dah lama la x jejak kaki ke mall ker, kedai makan ke,
habis kuat pun...drive through Mc'Donald je la
even tesco & mydin ...pun Mummy Ayu lama giler x pegi
kalau nak beli barang2 dapur tu
memang gi family store or speed mart yg dekat area rumah je 

cuci tangan selalu
pakai santizer selalu
pakai mask....always!!!
stay safe semua!!!
moga kita semua dilindungi dr virus covid 19 ni
in sya Allah

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

1 comments:

  1. mak mertua aida di ampangan :(
    pagi td da le dpt berita ada kawasan situ yg banjir terok.
    risau risau risau.

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...