Kelebihan Surah Al-Ikhlas

assalamualaikum
salam jumaat
good morning semua

semalam dpt whatsapp...
kawan2 share kelebihan surah Al Ikhlas
subhanallah...hebat sungguh surah ni
walau pun just 4 ayat sahaja
kalimah2 Yang Maha Esa ... tak penah tak hebat
semua nya hebat2 belaka

tinggal kita saja la
nak amalkan nya...
seperti yg kita ramai tahu
kalau kita baca 3 kali surah Al Ikhlas sama seperti kita khatam Al Quran
and digalakkan baca sebelum tidur
supaya kita dilindungi sepanjang tidur kita tu

semalam whatsapp yg Mummy Ayu dapat tu 
jom baca jab..

DAHSYATNYA SURAT AL- IKHLAS

{Sempatkanlah sebentar untuk membaca tulisan ini} 
Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda :
"Demi ALLAH yang jiwaku di dalam GenggamanNYA, sesungguhnya :
QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap Malaikat Jibril.
ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap Malaikat Mikail. 
LAMYALID WALAM YUULAD tertulispada, sayap Malaikat Isrofil, 
WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD  tertulis pada sayap Malaikat Izra'il"

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: 

"Ketika saya {Rasulullah SAW} Isra’ ke langit, 
saya melihat Arasy di atas 360,000 tiang 
dan jarak jauh antara satu tiang ke satu tiang yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan" ...

Pada tiap-tiap tiang itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000
 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari Timur  hingga ke Barat...

Pada setiap padang itu terdapat 80,000 Malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas ...

Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka berkata mereka :

”Wahai TUHAN kami, sesungguhnya pahala dari bacaan ini 
kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik lelaki maupun perempuan”...

Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas.

Suatu ketika 70,000 Malaikat diutus datang kepada 
seorang sahabat di Madinah yang meninggal ...

Kedatangan para Malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 
70.000 Malaikat itu diutus hanya  kerana Almarhum sering membaca surah ini ...
Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW 
di beri merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya 
dan Malaikat Jibril datang kepada  Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.

Rasulullah S.A.W bersabda :
Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, 
maka tubuhnya tidak akan membusuk didalam kubur, 
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan 
para Malaikat akan  membawanya dengan sayap mereka 
melintasi Titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke Syurga. (HR Qurthuby).

SUBHANALLAH ..........

Ya Allah, jadikanlah kami mudah dalam membaca Suratul Al Ikhlas 
dan mengucapkan SUBHANALLAH "
menjadi manusia, 

sesuai yang disabdakan Nabi SAW,  sihat, bermanfaat
dan wafat dalam keadaan HUSNUL KHATIMAH 
Aamiin ya Rabbal 'Aalamiin

Allahuakbar
sayu sangat bila baca tu
and moga kita pun diberikan peluang utk jadi 
salah seorang hamba yg menerima kebaikan seperti itu
subhanallah...

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

marilah sama2 kita berselawat ke atas junjungan kita
Nabi Muhammad saw...

moga yg baik2 saha utk kita semua
in sya Allah

sharing is caring
💓💓💓

wallahualam

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

3 comments:

  1. byk fadhilat surah al-ikhlas ni. baca 3x je pahalanya mcm baca 1 buah Al Quran! Mudahnya nak dptkan pahala...

    ReplyDelete
  2. Nice sharing kak MA. Jom sama-sama amalkan

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian..yang baik elok disebarkan...

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...