Kami memilih untuk rindu...

assalamualaikum
salam isnin
selamat tengahari

lambat skt update

last week....jumpa satu luahan perasan ni
sgt indah susunan perkataan  
laju share ..
and jengah jugak FB tuan yg tulis tu
saudara seislam yg senasib dengan kami....
kami-kami yg "kehilangan" katanya
he is a writer
single daddy with 3 small little hero
Allahuakbar

sayu jer...
anak2 kecik lagi but he is so strong
handle them...

jom baca...
each of every worlds ..
sgt kena & menusuk kalbu
ok....
Kadang-kadang kami luah rasa rindu.
Tidaklah setiap hari, tidaklah setiap jam kami merindu, namun bila sesekali ia datang, kami pasti menyambutnya, biasanya bersama genangan atau titisan air mata.
Kami orang-orang yang "kehilangan" ini bukanlah tidak "move on". Setiap kali kami meluah rasa, bukanlah kami tidak tabah, bukanlah kami sedih. Ketabahan, kekuatan dan kesabaran kami berada di tahap yang tertinggi. Mungkin jauh lebih tinggi dan hanya yang melaluinya sahaja boleh memahami.

Kalau kami tidak kuat dan tabah, kami tidak sabar, manakan kami dapat menempuh hari-hari dengan pelbagai rutin harian dengan normal seperti biasa. Pasti kami asyik berulang alik ke pusara atau menangis di bucu katil sahaja.
Kami hidup seperti orang lain juga. Perlu bekerja, ada rumahtangga serta rutin yang perlu dilaksana. Cuma sesekali rindu itu datang menerpa, sebagai "hadiah" buat kami untuk mengingat dan mengenang. Lalu kami meluah dan berkongsi rasa serta kenangan.
Kami menangis bukan kerana sedih atau kecewa. Kami sudah terima takdirNya, kami redha sepenuhnya. Namun, setiap titis airmata yang jatuh itu akan melepaskan beban rindu kami seadanya.
Orang kata "time will heal".
Sebenarnya kami tidak perlu "heal". Kami sentiasa mahu rasa rindu itu. Kami sengaja memilih untuk mengenang dan merindu. Kami mahu setiap memori yang ada tersemat kukuh, kami mahu memori yang pudar pula akan kembali jelas.
Kenapa begitu?
Kerana setiap kali ingatan dan rindu itu datang, ia membawa bersama secebis kebahagiaan buat kami. Benar, mengenang bahagia itulah sebenarnya yang memberi bahagia.
Dan sesungguhnya, bahagia itu sentiasa ada dalam setiap kenangan dan rindu yang datang menerpa.
Lalu kami semat dan simpan sebaiknya.
Semoga kalian faham.
KHAIRUL ABDULLAH 

moga kita terus diberikan kekuatan...
in sya Allah
:-(

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. Ada yg share ni kat FB , mmg sayu terbaca ... Semoga diberi kekuatan utk teruskan kehidupan ni ...

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...