Kenangan terindah

bila nak puasa,
bila nak raya
hari Jumaat
selalu la...
ada je kenangan yg menjengah minda
tak pernah tak ingat la 
pendek kata

tapi extra sayu la
bila nak puasa
sbb time ni la
persiapan demi persiapan
nak sambut bulan mulia

tahun ni tahun ketiga 
berpuasa tanpa Didi

dulu masa ngan Didi
masuk je Ramadhan...
baju pagi raya selalu settle dah
sbb takut takde size, takde warna yg nak matching2
shopping bahan2 utk stok sahur..
maggi dia of coz...
shopping lauk utk berpuasa
gi bazaar ramadhan sama2..
walau pun x selalu

bila dah jauh..PJJ
(Bkk - Msia)
mesti call...tiap2 hari kejut Didi bangun sahur
pas tu call or msg2..masa buka
makan apa..update each other

now..semua tu tinggal kenangan

and..bila puasa jugak la
Didi selalu request kuih fav dia
burger Malaysia ni
pic ni...kuih last Mummy Ayu buat utk Didi
sebelum dia meninggal dunia tahun July 2017 tu
sempat je update kat insta
see tarikh... 6 July 2017
8 hari sebelum dia meninggal

masa tu memang busy dgn prepation wedding adik Mummy Ayu
penat pun yer...
sampai 4 July, penuh shedule
but gigih kan jugak buat
suka sangat Didi

Didi pun kadang2 masak gak for Mummy Ayu
mcm last dia dtg Bangkok...June tu
Didi buat roti canai & dalca
memang cedappp

Didi masakkan nasi ayam
air tangan chef...memang puas hati sgt la
dgn sos semua
lain la dr Mummy Ayu masak


tapi dalam banyak2 Didi masak kan for Mummy Ayu
Mummy Ayu paling fav sekali is
memang x pernah jemu request
kalu Didi tanya nak makan apa Didi masak
sure Mummy Ayu request lauk fav ni
Ibu masak pun kalah tau
bila sampai part lauk ni
but now....semua ni tinggal kenangan 
kenangan terindah...
and takkan berulang lagi
and rindu jugak nak kuar makan sekeluarga
bila tiba bab malas nak masak

Allahuakbar
sayu, sedih...bila mengenangkan semua ni
:-(
Al Fatihah buat kesayanganku
hanya doa tak putus ku titipkan buatmu di sana
dan doa
semoga kita kembali bersama 
in sya Allah
aamiin

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. Al-Fatihah buat kesayangan mummy dan kesayangan-kesayangan kita yang telah kembali kepada penciptanya.. Sayu namun setiap kenangan bersama akan selalu tersemat dihati.. Selamanya..

    ReplyDelete
  2. Allahu sayu Dan sedih mama.baca.. semoga rohnya berada dikalamgam.kesayamgan allah

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...