PAKAR BERPENDAPAT TERLALU MENITIKBERATKAN IQ DAN KURANG PERKEMBANGAN SEIMBANG IQ DAN EQ AKAN MENYEBABKAN KANAK-KANAK KURANG BERSEDIA UNTUK MASA HADAPAN

 Enfagrow A+ MindPro Holistic Brain Expo – Ekspo Pendidikan untuk Memperkasa Ibu Bapa dan Pendidik bagi Menyediakan Kanak-kanak dengan Asas yang Tepat menerusi Manfaat Otak Berpanjangan Melebihi Lima Tahun


SELANGOR, 18 MEI 2023 – Pakar tempatan, Dr. Rakhee Yadav, pakar perunding pediatrik

dari Pusat Perubatan Ara Damansara dan Profesor Madya Dr. Cheah Pike See,

pakar neurosains dan anatomi di Universiti Putra Malaysia (UPM),

berkongsi pada acara Enfagrow A+ Mindpro Holistic Brain Expo hari ini

bahawa ibu bapa harus mengambil berat mengenai perkembangan

seimbang IQ dan EQ anak-anak mereka,

bukan hanya memberi penekanan kepada perkembangan IQ sahaja,

disebabkan masa depan yang sentiasa berubah.


"Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Morbiditi Kesihatan 2019 (NHMS),

dianggarkan satu daripada 20 kanak-kanak Malaysia berusia lima hingga sembilan tahun

mengalami gangguan mental.

Kanak-kanak memerlukan perkembangan IQ dan EQ yang seimbang

untuk bersedia menghadapi masa hadapan.

Meskipun kejayaan profesional menjadi cita-cita

kebanyakan ibu bapa untuk anak-anak mereka,

ia juga sama penting untuk mewujudkan generasi masa hadapan

yang mampu membina hubungan sosial,

mengendalikan tekanan dan menjalani kehidupan dengan yakin

untuk menempuh cabaran dalam kehidupan dunia serba pantas ini,” kata Dr. Rakhee Yadav.


Prof Madya Dr. Cheah Pike See turut menekankan,

"Pemakanan, jalinan hubungan dan pengalaman adalah tiga blok pembinaan penting

untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana

ia meyumbang kepada kebolehan intelektual,

emosi dan sosial seseorang kanak-kanak.

Justeru, penting bagi ibu bapa dan pendidik untuk menyedari

dan menyediakan kanak-kanak dengan pemakanan yang betul,

sokongan emosi dan pengalaman yang positif sepanjang tahun-tahun pembentukan ini.

Perkara ini menjadi asas kepada kejayaan masa depan

dan perkembangan holistik sepanjang hayat."


Pandangan pakar-pakar ini juga disokong oleh

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah),

yang mengiktiraf kesedaran yang kian meningkat dalam kalangan ibu bapa

dan pendidik mengenai kepentingan memupuk kesejahteraan emosi

kanak-kanak dan mengembangkan EQ mereka di samping kemahiran akademik1.

Pembangunan EQ telah menjadi tumpuan di Malaysia,

dengan penekanan kepada pembelajaran sosial dan emosi

yang kian meningkat di sekolah dan program pendidikan awal kanak-kanak. 


Ulasan ini dikongsi pada majlis pelancaran Holistic Brain Expo – Ekspo Pendidikan

untuk Kanak-kanak yang Bersedia Menghadapi Masa Depan,

satu kerjasama antara Enfagrow A+ MindPro dan Universiti Putra Malaysia (UPM),

yang menekankan dedikasi mereka kepada masa hadapan pendidikan.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, UPM memainkan peranan penting dalam membentuk kandungan dan objektif ekspo ini. Tambahan pula, Enfagrow A+ MindPro turut mengundang lebih 500 pelajar dan pendidik daripada 15 tadika di Lembah Klang untuk menghadiri ekspo pendidikan yang berprestij ini. Ekspo berkenaan dilancarkan secara rasmi oleh individu yang dihormati termasuk Prof Madya Dr. Cheah Pike See; Dr. Rakhee Yadav, Brian Fischel, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition, Malaysia, Singapura dan Vietnam; serta Ibu Selebriti Enfagrow A+ MindPro, Nur Fazura.


“Otak manusia merupakan satu ciptaan semula jadi yang menarik.

Semasa pertumbuhannya, sel-sel otak berkembang

untuk membina pelbagai sambungan dan rangkaian.

Lebih banyak sel otak berhubung, ia dapat menyokong perkembangan holistik otak.

MFGM dan DHA mengeluarkan bahan kimia otak yang disebut sebagai neurotransmitter 2,

yang menghantar maklumat dari satu sel otak ke sel yang lain3,

sekali gus mengawal kebolehan mental dan emosi 4.

Ianya penting bagi ibu bapa untuk memahami khasiat yang diperlukan

ketika tempoh awal si kecil dan sebaik-baiknya pemakanan harus

mengandungi MFGM untuk membantu menyokong perkembangan EQ5

dan tahap DHA6  saranan pakar yang menyokong perkembangan IQ.

Manfaat pemakanan berlanjutan sehingga ke zaman remaja,

dan akan membentuk kesejahteraan intelektual dan emosi kanak-kanak

dalam jangka masa yang panjang,” tambah Dr Rakhee Yadav.


"Enfagrow A+ MindPro mengiktiraf peranan penting pemakanan yang kuat

sepanjang tempoh lima tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak

bagi memupuk perkembangan otak secara menyeluruh. 

Penyelidikan menunjukkan bahawa 90% daripada perkembangan otak berlaku dalam tempoh ini,

justeru asas pemakanan yang kuat menjadi keutamaan7.

Masa depan sentiasa berubah,  meliputi pelbagai cabaran seperti perubahan iklim

dan peluang yang tercetus daripada kecerdasan buatan (AI),

kesedaran ibu bapa semakin meningkat terhadap kesediaan anak mereka

untuk menghadapi landskap yang berubah dan meneruskan laluan kerjaya pilihan mereka.

Dengan pengalaman dan kepimpinan dalam industri berdekad lamanya,

Enfagrow A+ MindPro telah merevolusikan pemakanan kanak-kanak

menerusi penemuan saintifik seperti DHA & MFGM.

Kami tetap teguh dalam komitmen kami untuk memperkasakan ibu bapa dan pendidik, yang menggalakkan pendekatan secara holistik kepada perkembangan otak kanak-kanak.

Ekspo pendidikan ini merupakan platform untuk mewujudkan kesedaran dalam masyarakat

yang lebih meluas, dengan mengetengahkan kepentingan membina asas yang tepat sejak kecil lagi,”

kata Brian Fischel, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition, Malaysia, Singapura dan Vietnam. 


Ekspo berkenaan mengetengahkan pelbagai pengalaman interaktif termasuk jelajah maya Brainverse, sebuah kubah berkilauan di mana pengunjung akan dibawa ke ruang 'dalaman otak'

untuk paparan rangkaian saraf apabila otak berkembang

sepanjang lima tahun pertama kehidupan kanak-kanak.

Sebagai tambahan, acara pendidikan yang menghiburkan itu

turut memaparkan pengalaman interaktif termasuk pameran otak sebenar,

permainan anatomi otak sintetik,

teknologi interaktif untuk menyelidiki bagaimana otak  bekerja

serta permainan dan cabaran otak yang menyeronokkan.

Sepanjang pameran tersebut, ibu bapa dan pendidik berpeluang

menimba pengetahuan daripada pakar terkemuka

mengenai pemakanan yang betul, pendidikan keibubapaan

dan gaya hidup sihat/pilihan persekitaran untuk menyokong perkembangan optimum kanak-kanak. 

Masuk adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.

Ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam mulai 18 Mei hingga 21 Mei

dan ekspo berkenaan sesuai untuk ibu bapa, kanak-kanak, pendidik

dan pakar penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Enfagrow A+ Malaysia Facebook page. 


About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

4 comments:

  1. setuju sgt. iq dan eq sama penting baru balance hidup kita

    ReplyDelete
  2. famous brand susu ni...teringat zmn2 anak2 masih kecik/minum susu heheh sekrg pun minum jugak susu tp bkn susu tepung laaa, setakat low fat milk (uht) jer lahhh

    ReplyDelete
  3. pemilihan susu yg tepat bkn sahaja bagus utk tumbesaran tetapi juga utk kecerdasan minda anak anak

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...