Apam Polkadot lagi....

as salam & morning kengkawan semua
harap semuanya sihat hari nie
~~~
citer weekend lagi
& citer apam polkadot lagi
emmm.....
nie kali yg ketiga Mummy Ayu buat apam polkadot nie
dalam minggu lepas je..2 kali Mummy Ayu buat
and 4 adunan... (1 adunan khamis & 3 adunan Ahd tu)
hari Ahad tu..
balik dr jamuan Merdeka Raya
Mummy Ayu terus start layan kuih nie...
sbb nak bawak gie opis.....
untuk jamuan raya kat Mummy Ayu Isnin tu....
and ini la hasilnya...
Ibu Mummy Ayu la nie
tolong susun
layer by layer
ikut color
comel je nampak
he he he
and satu bekas lagi
plus present
untuk
baby sitter Mummy Ayu
aka Mak for Ian & Iris
Jumaat tu birthday dia
tu yg Mummy Ayu siap tulis2 kata atas apam tu
berebut masing2 nak bawak kuih apam tu
sbb comel kot
last2 nasib Ian beralah..bawak hadiah
and resepinya..
mcm yg ramai request...

Apam Polkadot

Bahan-bahan

· 3 biji telur - dari peti sejuk

· 275 gm tepung gandum

· 220 gm gula halus

· 150gm susu segar / susu cair / susu full cream / santan (Ayu guna susu cair dlm kotak tu)

· 3 sudu teh baking powder

· 1 sudu kecil ovallete

· Filling secukupnya (Ayu guna strawberry jam, kaya pun boleh or as u all like)

· Pewarna ikut suka

· 1 sudu teh Perasa vanila

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

· Tips:

· Gunakan api yang sederhana kecil semasa mengukus untuk mengelakkan apam merekah. Tak pasal2 nanti jadi apam mekar

· Tutup dengan kain penutup pengukus untuk mengelakkan air jatuh ke atas apam untuk menghasilkan permukaan apam yang menarik.

sumber:- Hasnida

Selamat Mencuba ye kengkawan!!

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

3 comments:

Jemputla komen di sini...