Shoplinks.Asia

Monday, August 3, 2015

Disney Junior Lancarkan Peraduan Baru – ‘Miles From Tomorrowland: The Search For Disney Junior’s Space Adventures’

Sabtu lepas...
Mummy Ayu berpeluang utk joint preview "Miles From Tomorrowland" 
cartoon baru..oleh Disney Junior
di Petrosains, KLCC

suka la budak dua orang ni..
Mummy bawak jenjalan..
kami sampai lambat skt
nasib baik lum mula lagi show..
daftar cepat2...cari tempat duduk..
best sbb...diaorang sediakan bean bag..memang santai jer..
leh golek...atas bean bag
muka excited...
sambil tu..kami leh makan2...makanan yg disediakan oleh pihak penganjur
antaranya...sausage, nugget, donut, danish...fruits & air kotak
simple..but tu la yg bebudak suka..
kan?

ok..show dah mula
ramai gak yg dtg....most of us..family la of coz..
blogger, ada gak media..

and..kami antara yg pertama tgk kartun ni
"Miles From Tomorrowland"

kartun ni akan mula ditayangkan di Disney Junior Astro Channel 613
pada 17 Ogos 2015 setiap Isnin jam 9 pagi

kartun siri pengembaraan antara galaksi ini sesuai ditonton oleh kanan-kanan berusia 2- 7 tahun
kartun ni menggabungkan fakta unik tentang angkasa lepas dan sains sambil mengikuti misi pengembara muda....Miles Callisto dan keluarga di angkasa lepas...
ini dia ..hero kecik..Miles Callisto

dia dengan bestfriend dia..Merc....robo-ostrich
suka tgk gelagat Merc..
so far..watak yg paling Mummy Ayu suka dlm kartun ni
comel & cute sgt!!

keluarga Callisto terdiri dari 

Ibunya dan Kapten kapal, Phoebe,

Ayahnya jurutera mekanik, Leo,

 kakaknya Loretta pakar teknikal 

dan kawan baik, Merc, ‘robo-ostrich’

Mereka bersama-sama menerokai galaksi baru yang dipenuhi dengan makhuk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi tinggi yang aneh. Mereka akan membawa penonton muda dan keluarga mereka mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan – ikatan keluarga.   

kartun ni memang banyak ketengahkan pasal keluarga
tolong menolong each other..
hormat menghormati..
relationship..adik beradik.
so sambil2 tgk kartun..kanak leh belajar benda2 yg baik mcm nie
:-)
sgt bagus!!!

okay....
sempena pelancaran siri ini, pencarian untuk ‘Disney Junior’s Space Adventurers’ 
seluruh Asia Tenggara kini bermula! 
Kanak-kanak berusia 2-7 tahun digalakkan untuk mencipta 
Starjetter mereka sendiri – kapal angkasa penyelidik 
yang digunakan oleh keluarga Callisto 
sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas. 
Keluarga di Malaysia juga boleh mengunjungi Petrosains, 
The Discovery Centre di Tingkat 4, Suria KLCC 
bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan Miles from Tomorrowland!
(lepas preview tu..kami sempat terjah kat sini..memang best!! nanti Mummy Ayu cerita tau)

BAGAIMANA: 
Ibubapa perlu melayari laman sesawang – Disneyjunior.asia– 
dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit 
yang bukan sahaja menampilkan helaian aktiviti menyeronokkan
Foto Starjetter paling kreatif yang dihantar 
akan memenangi gelaran
 “Disney Junior’s Space Adventurer” 
dan akan disiarkan di saluran ini.  

Peraduan ini bermula dari 17 Julai hingga 14 Ogos 2015.

jom layan trailer sikit..

blastas-tic!!!
Ian & Iris..happy sgt..

* to be contineud..more pic & more story...
:-)

2 comments:

juelee said...

hari tu nampak mummy ayu tapi segan aih nk tegur huru hara plak ngn bebudak adoi.. hahhaa

AyuArjuna BiGoshh said...

besar2 dah anak ayu...


alaaa...tak sempat nak tegur sapa ari tu....


nexttime insyaallah :)

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno