Temui Juri-Juri Dan Peserta-Peserta MasterChef Asia Secara Langsung Di Malaysia

untuk semua peminat MasterChef..mcm Mummy Ayu
ada berita baik....
v
v
v
v

Lifetime membawakan jelajah MasterChef Asia edisi sulung dan set dapurnya 
yang ikonik ke Malaysia
3 juri yg akan menghakimi MasterChef Asia

Saksikan sendiri set dapur MasterChef Asia yang ikonik 
dan temui juri-juri dan peserta-peserta yang mewakili Malaysia 
dalam rancangan masakan yang terhebat! 
Pada bulan Ogos ini, 
kenali mereka dengan lebih dekat lagi di acara terbuka 
di Mid Valley Megamall 
dan sertailah jelajah MasterChef Asia yang julung kali diadakan. 
Pameran Dapur MasterChef Asia
Tarikh    : 19 hingga 23 Ogos 2015, Rabu hingga Ahad
Masa     : 10 pagi – 10 malam
Tempat                : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah
Info : Sebagai bonus tambahan, saksikan penampilan tetamu istimewa selebriti 
Datuk  Chef Fazley Yaakob yang akan mengadakan demonstrasi masakan
 di lokasi yang  sama pada hari-hari tertentu!

Sesi Beramah Mesra MasterChef Asia
Tarikh    : 22 Ogos 2015, Sabtu
Masa     : Dari 12 tengahari
Tempat  : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah

Bermula 12 tengahari pada 22 Ogos, Sabtu, 
para peminat MasterChef berpeluang menyertai 
sesi beramah mesra bersama para juri MasterChef Asia yang pertama, 
Susur Lee, Bruno Ménard dan Audra Morrice
dan juga peserta-peserta dari Malaysia 
Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli. 
Namun bukan itu sahaja – MasterChef Asia tidak akan lengkap 
tanpa Mystery Box Challenge! 
Saksikan cabaran memasak yang mendebarkan secara langsung
 di mana Jasbir, Marcus dan Sophia akan bertarung di hadapan penonton, 
dan saksikan bagaimana para juri menilai prestasi mereka.
 Tunggu dan lihat apa yang mereka bakal sajikan!

MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh 
Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, 
dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, 
Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. 
Siri ini akan ditayangkan pada 3 September, 
setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709)
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di 
msn.com/masterchefasia


jom tgk preview.. MasterChef Asia...

jgn lupa....setiap khamis jam 9 malam mulai 3 sept 2015 ni

:-)

details...about MasterChef Asia..klik kat sini..

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

0 comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...