Shoplinks.Asia

Wednesday, August 5, 2015

Masterchef Asia Musim Pertama ~ 3 orang peserta mewakil Malaysia

Mummy Ayu memang suka tgk Masterchef
so far..jarang miss la..
MasterChef US, MasterChef Malaysia, Junior MasterChef
and...
coming soon....
"MasterChef Asia"
MasterChef Asia akan mula ditayangkan pada 3 September 2015
setiap hari Khamis
di channel di Lifetime 709

and..yg lagi bersemangat nak tgk...ada 3 orang "homechef" dari negara kita 
yg akan mewakili Malaysia...dalam MasterChef Asia nie
best best!!

jom kita berkenalan dgn 3 peserta MasterChef Asia ni...

Sofia Zulkifli

Sophia, seorang suri rumah berusia 31 tahun dan 
ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun,
 memasak setiap hari dan sering menyediakan hidangan 
untuk keluarga dan rakan-rakannya. 
Suatu hari nanti, beliau berharap untuk terlibat dalam dunia kulinari 
sebagai chef, katerer atau pengkritik makanan. 
Minatnya yang meluas dalam industri makanan menunjukkan 
kecintaannya terhadap makanan dan memberikannya inspirasi untuk menyertai MasterChef Asia.


Marcus Low
Marcus, seorang pengurus bank berusia 24 tahun, 
mendapat inspirasi daripada chef-chef terkenal, 
serta hidangan moden dan molekular; 
dan mempunyai kemahiran unik dalam penggabungan bahan. 
Mampu bekerja dengan baik walaupun dalam situasi tertekan, 
beliau percaya persaingan sengit dalam MasterChef Asia
akan memperkenalkannya kepada dunia kulinari dan
 memberikannya peluang untuk memperkenalkan sajian Malaysia di pentas dunia.


Jasbir Kaur


Jasbir yang berumur 54 tahun merupakan peserta paling matang dalam pertandingan ini.
 Beliau mula menanam minat dalam bidang memasak 
apabila berpindah ke Sarawak, Malaysia Timur selepas berkahwin.
Seorang suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak, 
beliau berhasrat untuk menyampaikan kemahiran kulinari 
masakan tradisional Punjabi kepada generasi muda.
 Beliau juga berharap untuk mendapat pentauliahan profesional 
untuk kemahiran memasaknya dan membuktikan 
bahawa chef di rumah juga boleh mempamerkan kemahiran yang hebat di dapur.

Bakal menjadi pesaing mereka bagi mendapatkan gelaran utama adalahchef-chef rumah lain 
dari negara Cina, India, Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

Pemenang MasterChef Asia pertama bakal menerima buku masakan sendiri, 
hadiah wang tunai USD$50,000, 
pengalaman riadah unik di Singapura bernilai USD$10,000, 
perkakas rumah Panasonic bernilai USD$15,000, 
latihan amali berbayar di salah sebuah restoran Hotel Carlton Singapura 
dan penginapan selama seminggu di Disneyland Resort Hong Kong.


“MasterChef Asia merupakan produksi asli terbesar yang pernah kami terbitkan di Lifetime Asia. Penerbitan salah satu format rancangan paling berjaya di dunia ini membuktikan Lifetime sebagai destinasi hiburan utama di Asia. Penggambaran siri ini berjalan sangat lancar; terdapat banyak ciptaan kulinari hebat yang dihasilkan oleh barisan tukang masak amatur ini dan juga detik-detik yang cukup mencemaskan bagi saya. Masyarakat Asia sememangnya sangat sukakan makanan, dan kami percaya penonton pasti akan menyukai rancangan ini dan menyokong peserta kegemaran mereka,” kata Michele Schofield, Naib Presiden Kanan, Program& Penerbitan, A+E Networks Asia.

MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. Siri ini akan ditayangkan pada 
3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam 
di Lifetime (Saluran Astro 709). 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.http://www.msn.com/en-my/lifestyle/masterchefasia

jom kita layan ramai2..
MasterChef Asia!!!

1 comment:

Nurul Aula A'Akif Fadzil said...

memang layan masterchef ni.. nak peserta favourite menang leh tak?? hehe
All the best to all masterchef

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno