Salam Israk Mikraj

assalamualaikum
salam israk mikraj semua!!!
good morning 
kami kat sini tak cuti
but..Malaysia pun tak semua negeri cuti kan???

so..jom kita refresh skt..
apa itu Israk & Mikraj 
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah ﷺ dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis 
di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah سبحانه وتعالى.
 dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah سبحانه وتعالى.
.
.
.
Malam 27 Rejab
Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam 
bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, 
berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. 
Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Banyak lagi ganjaran dan fadilat yang Allahسبحانه وتعالى. beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. 
Berpuasa sunat adalah antaranya. 

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:

1.Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2.Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah ﷺ

3.Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah ﷺ

4.Nabi Muhammad ﷺ bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.

5.Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad ﷺ adalah perkara besar 
yang berlaku dalam bulan ini. 
Bagindaﷺ telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, 
dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin 
serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha 
untuk mengadap Allah  سبحانه وتعالى.
Di mana dengan izin-Nya, 
Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah ﷺ.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda  ﷺ.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam 
dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa 
yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya 
sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. 
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
 (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Selamat menghayati Israk Mikraj buat kita semua.


mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. Salam Israk mikraj...
    Sini pun x cuti juga , ada 3 negeri je yg bercuti hari ini...

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...