Depositkan syiling ke acc Maybank

nak kongsi pengalaman gitu
buat yg mana x tahu
sbb Mummy Ayu pun tahu lama dah
but baru cuba Jumaat lepas
my sis ckp..ni pun nak amik gambar, masuk insta bagai
:-(
eh...biar la
kan?
ni masuk blog plak
ha ha ha...

so..kisahnya
Didi & Mummy Ayu ni memang x suka bawak syiling byk2
dlm wallet or poket
so..kalu dah byk sgt
memang akan letak satu tempat kat rumah
rasa nya..kawan2 pun ada yg mcm ni kan?

dulu kat Bangkok..kumpul2
tukar kat 7 eleven je
(kawan yg tolong tukar kan..kalu Mummy Ayu memang x dpt la
sbb communication error)

ni syiling yg Didi simpan...
ada 4 bekas semuanya
Ibu suruh simpan wat kenangan
but bagi Mummy Ayu plak
kalu simpan, nanti takut tukar syiling baru
syiling ni x de value
lagi rugi
bukan skt

so...after 3 years...
Jumaat lepas..baru la gi bank in kan kat dlm bank

memang ada terbaca sebelum ni
ada mesin syiling kat bank
so..leh bank in ..without no problem
but x pernah cuba
so...this is first experience utk Mummy Ayu

google gak sekali lagi pagi tu
before gi...
jumpa la kat link ni

mula2 check bank mana yg ada mesin deposit syiling ni
Mummy Ayu guna Maybank
and..make sure ada la acc kat Maybank tu
kang nak masukk acc sapa plak kan?
but adik Mummy Ayu kata
bank lain pun ada yg sediakan mesin syiling ni
ni list branch Maybank yg ada mesin syiling ni

1. KL Main Branch
2. Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
3. Shah Alam Main Branch
4. USJ Subang Jaya Branch
5. Seremban Branch
6. Jelapang Branch
7. Melaka Main Branch
8. Johor Bahru Main Branch
9. Jelutong Branch
10. Alor Star Branch
11. Taman Tas Branch
12. Kuala Terengganu Branch
13. Kota Bharu Branch
12. Wisma Satok Branch
13. Kota Kinabalu Branch
14. Rawang Branch
15. Bandar Baru Selayang Branch
16. Bandar Baru Sunway Branch
17. Equine Park Branch
18. Station 18, Ipoh Branch
19. Skudai Branch
20. Batu Pahat Branch
21. Prai Industrial Estate Branch
22. Legenda Heights Branch
23. Pulau Langkawi Branch
24. Paka Branch Branch
25. Tanah Merah Branch
26. Mutiara Damansara Branch

lepas tu call dulu bank tu
utk make sure mesin tu ok, tak rosak & boleh digunakan

Mummy Ayu pun call dulu pagi tu sebelum gi bank
nanti pegi2..x leh guna mesin tu
buat penat je..dah la berat2 bawak syiling tu
he he he

and utk urusan syiling ni pun
Mummy Ayu siap tanya pegawai bank tu
kena beratur ke?
sbb tau je la musim PKP ni
majoriti tempat kena beratur 
panjang2 plak tu
nasib baik x payah
sbb x ramai yg guna mesin tu
pegawai tu akan kasi masuk
bila bilangan org dlm bank...x berapa ramai

sampai kat mesin tu
tu dia....
mesin nya

tak perlu asing2 kan syiling pun

tekan butang A and just masukkan syiling perlahan2 & sedikit2
takut jam plak mesin tu..kalu masukkan banyak2
bila kita masukkan lambat syiling tu
mesin akan berenti
kita leh sambung balik
just ikut arahan mesin tu

ada jugak duit syiling yg x diterima
boleh cuba masukkan balik

bila dah habis semua syiling
tekan butang B
mesin akan keluarkan  2 keping resit
mcm ni
kena isi nama, no acc & no telefon

and kena serahkan resit ni ke kaunter oada hari yg sama
resit ni valid utk 1 hari sahaja
kalu simpan, bawak balik..
esoknya gi bank ..dah x valid dah ye

bila serah kat kaunter
peg bank akan kasi borang deposit ke dalam acc
isi mcm kita nak masukkan duit dlm acc
and serahkan pd pega bank balik

duit syiling tu akan di depositkan ke dalam acc kita
pada hari yg sama
mcm Mummy Ayu hari tu
kuar bank, check...dah masuk dah
cepat!!!

tu je..senang kan?






 

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

No comments:

Post a Comment

Jemputla komen di sini...