Agar agar Santan Pandan

haa..ni dia menu dr Mummy Ayu
dessert gitu 
agar agar santan pandan
simple je
but dapppppp

acuan sama ngan acuan kuih apam pagi tu
he he he

resepinya dpt dr Azie Kitchen
😉😉😉
kalau buat resepi dr Azie Kitchen ni, so far alhamdulillah mesti jadi la
and hasilnya..dapppp, memuaskan

jom tgk resepi agar agar ni

Bahan2nya-
20 gm agar-agar strips (boleh direndam seketika, jika mahu)
4 1/2 cawan air
1 1/3 cawan gula [boleh kurangkan jika tak suka manis]
2 cawan jus pandan (blend 5 helai daun pandan)
1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
Setitik dua pewarna hijau jika suka

Cara2nya-
Masak agar-agar bersama air sehingga agar-agar tadi hancur. 
Masukkan gula dan masak lagi sehingga larut. 
Tapis ke dalam periuk lain dan didihkan semula.

Blend telur, garam, jus pandan dan santan.

Setelah agar-agar mendidih, tuang bahan blend ke dalam periuk agar-agar 
dan kacau sehingga mendidih. 
Angkat.

Tuang ke dalam loyang/acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

selamat mencuba!!!
 

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

5 comments:

  1. tak pnh cb abuat. bila baca resepi rupanya kena blend ye.

    ReplyDelete
  2. Sedap ni. Lama juga tak makan puding ni. Biasa jumpa masa kenduri je. Nak jumpa orang jual payah juga. Buat sendiri macam tak pernah. hehehe...

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...