Dubai ~ antara tempat yg menariks utk gi holiday

dok la layan instagram malam semalam
tgk kengkawan gi holiday...
mcm2 tempat..
Australia, London, Hong Kong
and terjumpa ni...Dubai
emm...menariks gak
Mummy Ayu ada kawan yg stay kat sana..Fida
dia follow husband dia keja kat sana
5, 6 tahun ada kot..dia & family kat sana
last jumpa dia...masa lepak2 ngan geng bachelor dulu..
tahun 2014 dulu
and sorang lagi geng blogger..LelaLelord
kawan di alam maya gitu
dia dok kat Abu Dhabi kalu tak silap
pun follow husband dia keja sana
now..dok stay in touch through intsagram & FB je la

Dubai is one of the most richest country in the world 
purchasing power diaorang sangat tinggi dan diaorang ada sumber minyak yang banyak 
and that yg membuatkan mereka menjadi antara negara terkaya di dunia

Mummy Ayu confius jab antara Abu Dhabi, Dubai dan UAE. 
bila cari2....
ohh...rupanya UAE adalah nama negara dan ibu negara bagi UAE adalah Abu Dhabi 
while Dubai adalah antara negeri yang menjalankan sumber ekonomi pelancongan di negara UAE.
ok..baru faham

ramai pelancong yang datang ke UAE, lebih suka gi jenjalan kat Dubai 
sebab kat sana ada banyak tempat tarikan pelancong. 
and nowadays pun...banyak je flights to Dubai
just pilih je...kalu guna traveloka tu
kalau transit..lama jugak la... 12-18 hours perjalanan
tapi kalau direct to Dubai terus..dalam 7 jam je

sbb dah terbaca & research sikit pasal Dubai ni
Mummy Ayu share la kat sini yer
mana la tau
ada antara korang yg nak holiday ke Dubai
or... Mummy Ayu sendiri ke
aamiin...one fine day, mana tau ada rezeki kan
so...leh la dijadikan panduan entry ni
:-)
sharing is caring kan

ok..
first kalau nak holiday ke Dubai
dicadangkan dan digalakkan pada bulan November - April sahaja
(emm....birthday trip)
eh, kenapa tidak boleh bulan Mei ke, Jun ke, Julai ke? 
bukan tidak boleh, tetapi pada bulan selain dari November hingga April, 
banyak tempat tarikan pelancong tutup kerana musim panas

antaranya Dubai Miracle Garden akan buka hanya pada bulan November hingga April sahaja
subhanallah...cantik kan?

and suhu panas di negara Arab ni bukan sikit2 yer
memang panas tahap gaban macam dok dalam oven
suhu panas tu boleh mencecah sehingga 49 darjah celcius 
kalau panas2 tu, mana selesa nak jenjalan
kannn
maybe sbb tu la org diaorang suka holiday masa musim panas diaorang kan... agaknya la

nak gi holiday
visa antara perkara pertama yg kena difikirkan
alhamdulillah...disebabkan Malaysia ini adalah Top 10 passport 
bermaksud lebih 50 negara kita tidak perlu apply visa 
and Dubai antara negara yang yg kita tak perlu apply visa
sampai sana...pasport kita akan dicopkan visa 30 hari
4-5 hari cukup la kan..utk holiday

ok..Dubai is negara kaya
so..kena la aware
semua pun mahal
living cost...pun for sure mahal
so..utk jimat, boleh je bawak simple2 foods
mcm maggi, sardin, tuna, serunding,
boleh makan ngan roti, buat sandwich ke
kan?

kadar money exchange...sekarang ni
UAE 100 = RM 113.57
emm...not bad

but nama pun holiday
memang kena kuar duit
plus bukan selalu pun
so..ok je la kan

keja penat2..kumpul duit
ni kira mcm reward la
semua pun mahal..but ada gak yg kurang mahal 
iaitu barangan kosmetik Huda Beauty
Made in Dubai
leh la beli wat souvenir utk kengakawan..lipstick Huda sorang satu yer
:-)

makanan... kalau nak makan kat luar
rasanya should be no problem kot
utk cari halal food sbb most of the Islam
cuma tu la..mahal

kalau makan kat Malaysia...dalam RM 10-12 sorang
kalau kat sana maybe dlm RM 30-RM 40 sorang
dah la mahal, plus currency lagi
so..utk jimat leh prepare foods, bawak bekal masa jenjalan tu

but again tak salah & takkan la tak rasa foods diaorang
yum yum...

bagi pencinta barangan mewah, 
ini adalah syurga dunia buat korang 
sebab korang akan melihat banyak sangat boutique mewah di sini
kiri kanan dan depan belakang.
macam macam ada ye
siapkan duit jer

bagi pecinta Huda Beauty, 
korang jangan ketinggalan untuk membeli barangan kosmetik di SEPHORA
outlet nya memang banyak.....kat Dubai Mall, Emirate Mall, Dubai Marina Mall
korang boleh lihat mereka yang membeli barangan kosmetik di Sephora 
macam beli goreng pisang panas jer

kat Dubai ni banyak shopping mall
pilih je...

antaranya Dubai Mall
kat Dubai Mall ni..yg paling famous ialah fountain show pada waktu malam
nie adalah tempat yg kena gi..kalau holiday ke Dubai
sebab ia sangat unik dan menarik kerana korang dapat tengok 
bagaimana air menari mengikut muzik
dan muzik yang dipersembahkan adalah berbeza-beza setiap hari

satu lagi....mall yg terkenal kat Dubai is Emirate Mall 
kat Emmirate Mall ni ada tempat ski untuk anak-anak bermain

nampak mcm besar sungguh kan?
ni jgn kata anak anak...mak bapak pun suka ni
fe'feeling' main snow

utk transport plak
teksi lebih murah berbanding Uber
so....better ambil teksi berbanding dr call for Uber

Metro atau train pun ada
boleh download apps RTA untuk tahu laluan train di Dubai

public transport sangat mudah untuk didapati
should be no problem la utk bergerak dr sesuatu tempat

kalau nak naik Burj Khalifa
the tallest tower in the world
better beli tiket online siap2...more cheaper& tak yah beratur panjang masa nak naik tu

Dubai Mall, Burj Khalifah dan The Fountain Show adalah tempat bersebelahan sahaja
boleh berjalan kaki antara tempat tersebut

so ada yg berminat..nak gi holiday ke Dubai
korang boleh find out pasal cheap Singapore airlines booking kat Traveloka 
sebab ada promotion yang menarik kat situ sekarang ni

have fun at Dubai!!!
:-)

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

1 comments:

Jemputla komen di sini...