assalamualaikum
salam jumaat
good morning semua
salam jumaat
good morning semua
pagi ni Mummy Ayu nak share kelebihan & fahilat membaca surat Yassin
semalam blogwalking terjumpa
so... Mummy Ayu panjangkan & share kat sini plak
💓💓💓
Surah Yasin (سورة يس) adalah surah yang ke-36 dalam Al Quran.
Surah ini terdiri daripada 83 ayat, termasuk surah-surah Makkiyyah
yang diturunkan selepas surah Aj-jin.
Dinamakan Yassin kerana ianya dimulai dengan huruf Ya-sin.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan."
Iaitu:
* Apabila orang yang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
"Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan."
Iaitu:
* Apabila orang yang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
* Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
* Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
* Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
* Jika terpenjara akan dibebaskan.
* Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
* Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
* Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
* Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Ayat 1 - 9
Untuk keselamatan diri
Ayat 9
Orang jahat tak nampak kita.
إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ (12)
Maksudnya : "Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Loh Mahfuz)."
Maksudnya : "Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Loh Mahfuz)."
Ayat 12
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35
Mengisahkan orang-orang yang màti syahid.
Ayat 22 - 23
Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29
Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
يٰحَسْرَةً عَلَى الْعِبَادِۚ مَا يَأْتِيْهِمْ مِّنْ رَّسُوْلٍ اِلَّا كَانُوْا بِهٖ يَسْتَهْزِءُوْنَ
30. Alangkah besar penyesalan terhadap hamba-hamba itu, setiap datang seorang rasul kepada mereka, mereka selalu memperolok-olokkannya.
Ayat 30
Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t.
(harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t,
kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37
Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39
Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50
Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
(Kepada mereka dikatakan): "Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang. 58
Ayat 58
Merupakan salam daripada Allah.
Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.
Ayat 76
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76
Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ayat 78 - 79
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.
Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud :
"dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"
(Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sàkit tulang, uràt atau tulang patah.
Ayat 79
"Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali.
Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan..
Sumber : Noami Mohd Nor
sharing is caring
moga yg baik2 sahaja utk kita semua & moga kita semua
sentiasa dirahmati, dilindungi & diredhai Allah
aamiin...
salam. jumaat
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan. kita semua
aaminn
salam jumaat
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan kita semua
aaminn
terima kasih mummy ayu atas perkongsian
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian ni mummy Ayu.
ReplyDeletejantung Al-Quran...ntah bila aku mampu nak hafal semua surah ni
ReplyDelete