Dia Segalanya

ok..nak review novel.
lama Mummy AYu tak buat kan?
tapi...bukan ILUS or bukan KMHB
sbb...dua2 novel tu...Mummy Ayu nak baca sekali lagi
so...meh layan novel nie dulu
pun best sangat2...
Dia Segalanya
keluaran Kaki Novel
by Sha Ibrahim
sinopsis:-

Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.

Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.

Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.

Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?


and of coz..
sinopsis versi Mummy Ayu

Suraya nie anak angkat kepada Datuk Rashid..seroang jutawan
and adik angkat kepada 2 abang kembang.... Faizal, Abg Long & Faizul, Abg Ngah
tapi..sejak kecil lagi..
Suraya nie dibenci sgt oleh Faizul
tambah2 lagi bila rahsia di mana Suraya nie cuma anak angkat
lagi la Faizul tak suka...

Faizal & Faizul sambung study kat luar negara... 5 tahun
and bila balik tu....Faizal...perasan something yg lain & pelik
antara Faizul ngan Suraya
and..Faizal selalu ingatkan Faizul..
"Suraya tu adik bungsu kita......sampai bila2 pun adik bungsu kita"

Faizul..cuba rapatkan hubungan dengan Suraya 
tapi...........
bukan hubungan adik ngan abang
Su and Joe sbg kata ganti diri
emmm..
paham2 la kan?
Suraya nie belajar jurusan medic
Faizul pula business
tapi...Faizul ada banyak buku2 pasal medic jugak
kenapa ek?
he he he..biarla rahsia

and bila rahsia terbongkar...
banyak yg terluka
semuanya sedih...
:-(... 
baru separuh novel pun Mummy Ayu dah nangis
and ending dia....
v
v
v
v
v
sedih or gembira
kena la baca sendiri
kalau Mummy Ayu cerita..tak suspen la..
okay..
jom beli novel nie...
kat kedai buku
or secara online..
dapat diskaun & free postage...
selamat membaca!!






mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

3 comments:

Jemputla komen di sini...