PKPP

PKP dah
PKPD pun ada
PKPB abis dah
now PKPP plak
emmm...pening plak huruf2 ni yer

hari ni bermula plak PKPP
fasa pemulihan di negara kita
so far
alhamdulillah kes kematian pun jarang2
hari tu sampai 12 hari takde kematian
alhamdulillah
pas tu tambah pun 1 kes mcm tu
:-(
al fatihah buat semua yg telah meninggal dunia akibat covid ni
sedih sgt bila dpt berita kematian

sama2 kita terus berdoa
supaya covid 19 ni dpt kita tewaskan
and semoga kita semua terus dilindungi & dijauhi dr penyakit ini
in sya Allah

PKPP
makin banyak dilonggarkan
takde sekatan rentas negeri dah
tu yg ramai pakat nak balik kg
pegi holiday dlm negara pun dah dibenarkan
but..dlm seronok2 tu
jgn lupakan 
norma-norma baru yg perlu sama2 kita amalkan

"WHAT'S IN YOUR BAG -  NORMA BAHARU"

Untuk keadaan sekarang, apa yang perlu kita bawak dalam beg setiap kali kita keluar?

Norma Baharu ni lain sikit yang ada dalam beg kita :-

1. Hand Sanitizer
-Antara benda yang paling penting kita kena bawa ya. 
Amalkan mengunakan sanitizer setiap kali sentuh apa-apa.
Dettol Instant Hand Sanitizer Refresh 200ml
ni memang sentiasa dlm handbag Mummy Ayu now...
mcm dah jadi kebiasaan..skt2 sanitize tangan


2. Tisu Basah
- Lap meja, kerusi, pen atau apa-apa saja yang digunakan bersama orang lain
Dettol Antibacterial Wet Wipes
ni pun ada jugak
cuma tak guna sekerap sanitizer tu

3. Sejadah dan Telekung
- Yes! walaupun di office sendiri, kena pakai dan bawak sejadah dan telekung sendiri.
 Tak boleh sharing dah tau. 
Sebab kita tak tahu siapa penguna terakhir sejadah dan telekung tu
telekung letak kat surau opis je
so far memang jarang keluar sgt, kecuali bila betul2 perlu 

4. Sudu dan Garfu
- Untuk lebih selamat. 
Bawa sudu dan garfu travel sendiri.
 Hanya guna kita punya saja lagi selamat 
ni pun tak sgt...
sepanjang PKP ni memang tak pernah makan kat luar
selalu tapau je...bila dah boleh tapau tu

5. Beg Plastik
- Untuk masukkan tisu basah dan mask yang telah digunakan.
 Masukkan mask dalam plastik dan ikat ketat baru buang dalam tong sampah ye 
emm...ni perlu kan
selalu Mummy Ayu main selit2 je mask or wet tissue pas guna tu
jumpa tong sampah baru buang
or..guna je apa2 plastik yg jumpa
he he he..kena tambah ni..beg plastik

6. Pen 
- Kena bawak pen sendiri untuk tulis kan details nama kita sebelum masuk mall.  
Jangan pakai pen yang disediakan tau (untuk yang tidak sedikan bar code)
memang ada dlm bag
tapi bila nak tulis tu, guna je pen yg ada
emmm..kena tukar ni

Jadi ini antara barang2 yang penting kita kena bawa
 jika kita keluar rumah untuk pergi kerja dan sebagainya.

Kita jaga kita. InshaAllah dilindungi.
 Jom doa setiap hari setiap masa agar
 #covid19 ni hapus dari bumi. Insha-Allah

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. buleh la nak balik kg, bercuti dalam malaysia.. support2 peniaga lokal.. Cuma kena patuhi SOP la. elakkan tempat sesak. jaga kebersihan. blk kg siap2kan makan dalam kereta, plan perjalanan agar boleh solat kat kg instead kat RNR.. bercuti tapi elakkan tempat crowded. insyaAllah

    ReplyDelete
  2. walaupun PKPP ni , kite kena sentiasa berjaga-jaga terutamanya bila keluar dari kawasan tempat kunjungan org ramai...

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...