Bukan Kerana Aku Tak Cinta


okay..jom review novel..
semalam baru abis sebuah lagi novel..
just on time..sbb lagi 2 novel baru dah sampai..
:-)

Bukan Kerana Aku Tak Cinta
hasil karya E-Man Sufi
keluaran Karya Seni of coz..
cover yg brutal & ganas...emm..

sinopsis belakang novel...

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!” 
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

and of coz..
sinopsis versi Mummy Ayu..
sema novel E-Man Sufi..
ada kesinambungan watak2 dlm novel yg sebelum2nya..
but takde la mcm sambungan
just..sikit2 jer la..
mcm ada hubung kait
but kalau tak baca novel2 sebelum2 tu pun..boleh faham jer
sbb yg berkait2 tu..watak,bukan cerita..
mcm watak Hannah & Uwais..dr novel pertama dia lagi...dah ada..
Suami Yang Ku Benci

okay...jom layan..
hero dlm cerita nie..of coz la mamat bertatu spt kat cover tu..Jebat
dia nie bekas ketua gangster besar
but dah bertaubat la..
dia keja ngan Uwais tu..kat kolam ternak ikan & perusahaan chalet..

and..mas kat situ la..adik par Uwais..Mastura yg baru balik belajar dr luar negara.
sudah jatuh cinta ngan Jebat nie
but Jebat..rasa rendah diri..
rasa diri tu kotor..
so..dia tak nak la layan Mastura nie
dah la terpelajar, cucu Tan Sri lagi
but...kalau dah sampai Mastura terjum kolam & mogok lapar..
semua pun cair....
Tok Ayah dia bangkang pun...akhirnya setuju
Kak Hannah dia bangkang..pun akhirnya setuju
and...Jebat..of coz la tergoda and setuju jugak

but...bila rahsia silam Jebat terbongkar..satu persatu
macam2 masalah pun timbul..
mula2 Mastura yg tak boleh accept..
bila dia dah ok..dah boleh terima..
Kak Hannah & Tok Ayah dia plak...bangkang ...
sampai Jebat kena masuk penjara semua
kesian..

ending....
adakah family Mastura boleh terima Jebat semula?
and...
apa kesalahan Jebat sehingga kena masuk penjara?
emm..tu kena la baca novel nie kalau nak tau
he he he..
apa pun..novel nie best, ayat yg simple..suka la..
Mummy Ayu pun..2 hari jer baca..dah abis..
:-)

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

1 comment:

Jemputla komen di sini...