Hero Aku Tomboy

dah abis baca dah sebuah...
:-)
semalam pagi mula, semalam malam abis..
novel tak tebal pun..
cerita pun layan
so..laju la...
Hero Aku Tomboy
hasil karya Arisa Eriza
keluaran Kaki Novel
nie novel kedua dia..
1st novel dia..Isteri Aku Tomboy..
tu pun Mummy Ayu dah baca....tapi time tu takde buat review2 pun
but..novel tu pun best & kelakar
and..novel nie..lagi la...kelakar plus seram sikit2..
memang best..

ok jom...review..
sinopsis belakang novel...
Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz.
Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka.
Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung.
Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumah tangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga?

and..sinopsis versi Mummy Ayu..
hero ....Khairul...seorang student yg ala2 nerd gak la kat U dia
manjang study jer & kuat agama..emm...
dia nie ada kelebihan..boleh nampak benda yg org lain tak dapat
and dia berani & berjaya gak selesai kan beberapa kes2 misteri...

heroin....Faz...tomboy & ala2 gengster kat U tempat sama Khairul nie belajar...
Faz nie ada orang kaya...and..disebabkan satu kejadian..
membuatkan Faz & Shahrul dikahwinkan..walaupun mereka masih muda & study

Faz..of coz la tak setuju but..terpaksa
Khairul pun...

tapi ..kawin atas paper jer
sbb masing2 pun bawa hal masing2..
kadang2 jer berjumpa....of coz bergaduh
but....one day..bila Khairul cuba berbaik2 ngan Faz ..
diaorang pun ok & jadi mcm kawan baik
kau...aku...memang mcm member jer plus Faz tu kan tomboy...

Faz nie nama jer tomboy but dia takut betul ngan benda2 yg Khairul boleh nampak
satu kejadian yg tak disangka terjadi masa 'honeymoon' diaorang
membuatkan diaorang makin close..
but still mcm kawan jer..

sampai nak abis study pun..diaorang mcm tu
but..makin better la..
ada sayang, ada rindu but masing2 malu nak mengakuinya
sehinggal muncul oprang ketiga antara diaorang
Faz makin cemburu
but...cemburu kan tandanya sayang
akhirnya...
emm...
kena la baca

serius..novel nie emmang sempoi
seram but kelakar..banyak kali gak Mummy Ayu dok gelak & senyum sorang2
he he he..
so..jom baca Hero Aku Tomboy..
:-)

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

5 comments:

  1. suke baca novel...try to find out this novel..hopefully...hehehe

    ReplyDelete
  2. Bii Aku Tomboy tu memang kelakar. Boleh gelak2...tapi feel romantik macam kurang sikit...

    ReplyDelete
  3. wahh dah ada review ! tqsm dear sis ;) arisa sgt mhargai ! maafkan salah silap ye, tkasih :)

    ReplyDelete
  4. thanks bg review pasal novel ni... menarik nak cari laaa...

    salam perkenalan ;)

    ReplyDelete
  5. hi mummy ayu....


    alahai novel ni da berzaman kat kete tak baca lagi....still ada sampul lagi tu...novel letak bersepah....huhu....okey! if mummy ayu kate best bule lahh start baca ni..hehe

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...