Shoplinks.Asia

Friday, September 20, 2013

Awek Skuter

okay..review novel lagi..
:-)
novel nie nipis jer
so...semalam pagi mula baca, petang..dah abis..

Awek Skuter
keluaran Kaki Novel
hasil karya Ilya Abdullah
sinopsis belakang novel..
Adllea... gadis biasa yang bekerja sebagai penghantar piza. Tiada yang menarik tentang dirinya selain skuternya yang berwarna pink itu. Adllea seorang yang agak naif, lurus dan polos sedikit. Lelaki idamannya itu adalah Farith, seorang pelakon terkenal yang digilai ramai. Temantemanya kata dia bagaikan si pungguk yang rindukan bulan.
Dalam pada itu, dia turut berkenalan dengan adik Farith, Izmi dan Shaz Ariel. Izmi dan Shaz Ariel lelaki yang menjengkel hati Adllea. Shaz Ariel a.k.a 'katak' mata empat yang sukar untuk difahami perangai sebenarnya itu secara tiba-tiba mahu membantu dia mendekati Farith. Semakin mengenali Shaz Ariel, Adllea mula memberikan pandangan berbeza pada lelaki itu. Saat Adllea mahu meluahkan perasaan di hati, Shaz Ariel ditimpa kemalangan.
“Kalau aku jadi pungguk, siapa agaknya si bulan itu?”
and of coz..
sinopsis versi Mummy Ayu....

Adlea..heroin merangkap awek skuter dlm novel nie..
seorang anak yatim piatu..yg duduk ngan pakcik dia
belajar pun takat SPM jer
and..dia keja sbg penghantar piza

Adlea nie minat sgt ngan pelakon terkenal..Farith
tapi..dlm dia nak kenal ngan Farith, 
Adlea berkenalan secara tak sengaja ngan Izmi & Shah Ariel aka katak mata empat

Izmi..model
Shah nie plak interior designer

and..dengan bantuan Shah..Adlea dapat rapat ngan Farith
and of coz la Adlea pun makin rapat dengan Shah
and....tiba2 Shah pulak yg meluahkan perasaan dia kat Adlea

Adlea..serba salah jugak la
sbb dia suka ngan Farith
but
dia selesa ngan Shah

emmmm...
sapa pilihan Adlea?
adakah Farith atau pun Shah??

and....Shah accident?
teruk ker?

kena la baca novel Awek Skuter nie
best, simple, ayat yg sempoi
plus novel tu pun nipis..
so...memang layan la..
congrats to penulis...Ilya Abdullah!!!
and..keep on writing!!!!

5 comments:

eB said...

blom rjn lagi bc novel.. tgk tv ok... he3

mama lieyna said...

Best... nipis camni cpt la habis ye..
Happy weekend!

Mummydearie said...

Suka sgt baca novel tapi buat masa ni mmg tak cukup masa nak menatap naskhah. Yg sdg baca skrg ni pun dah berbulan2 tak abis2 lagi. Sedih betul!

jaakechik said...

tgkkan sinopsi mcm best, beli rembat 1 ni, kalo jumpa.

Suhaila Abdullah said...

Tq mummy ayu :)

Salam jumaat

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno