Corn dog

bebudak nowadays kan suka sgt makan corn dog ni
beli...satu je dah RM 6 -  RM 7 
mana cukup 1 jer
so..Mummy Ayu pun try la buat

1st try...
ok la kan
Ian & Iris pun ckp sedap
cuma adventure nya bila goreng foods yg ada cheese
memang ada yg mencair la

nanti nak try lagi
maybe ada silap mana2 kot

before...

emm..banyak letak cheese...

bahan2 utk batter
  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Sb Gula
  • 2 sk Serbuk Penaik
  • 1/2 sk Garam
  • 1 Telur
  • 3/4 Cawan Susu Segar Sejuk
  • Keju Cheddar/Mozarella Sosej
  • Serbuk Roti 
cara2nya
  1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.
  2. Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi supaya mudah untuk mencelup sosej.
  4. Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.
  5. Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
  6. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.

the next day tu
Mummy Ayu buat versi Mummy Ayu

balut ngan roti, tak guna batter
senang sikit..sbb cheese tu kurang mencair la
but diaorang ckp, yg guna batter lagi cedap

emmm...harus mencuba lagi nanti
byk jimat buat sendiri
and lagi puas diaorang makan
so..jom try!!!

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

4 comments:

  1. Kalau yang cheese begini, anak-anak cukup suka. Cepat jew licin.

    ReplyDelete
  2. memang in trend corndog sekarang kan :)

    ReplyDelete
  3. byk tu cheese...aku buat versi roti senang sbb versi celup tepung ni byk aku baca feedback tk brp menjadi..aku riso la..dh la tisya lama soh aku buat...suka die mkn byk aritu...siap aku wat frozen lg...buat sdiri jimat la...kalo bli 1 dh pn dh mhl kn..mn cukup 1 bdk2 ni

    ReplyDelete
  4. corndog ni memang mahal. satu tak cukup. Puas hati lagi buat sendiri.

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...