PKP, PKPB, PKPP

assalamualaikum
salam selasa
good morning semua

semalam petang..kita semua dah dengar pengumuman & penerangan 
dr YAB PM kita semua

panjang lebar PM kita cakap
kesimpulan yg leh diambil is as below...



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 
di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), 
Melaka, Johor dan Sabah 
bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021 - PM Muhyiddin

Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, 
operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa 
pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021. 

Bagi negeri  yang dilaksanakan PKP, 
pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja. 
Bagi tujuan membeli barangan keperluan 
dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, 
HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar 
dan berada di dalam kenderaan yang sama. 
Mana-mana individu yang melanggar larangan ini 
boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

Bagi sektor ekonomi, Kerajaan telah mengenal pasti lima (5) 
sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai 
sektor ekonomi perlu (Essential economic sector) iaitu pengilangan 
dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan 
pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

Bagaimanapun, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan 
pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat manakala bagi 
pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang 
diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan 
masing-masing. Ingin saya ingatkan, jumlah pekerja yang 
ditentukan mestilah mengambil kira pematuhan ketat SOP yang 
ditetapkan. Jangan sampai tiada penjarakan fizikal langsung 
sewaktu berada di tempat kerja. Mana-mana majikan yang 
melanggar SOP dan menyebabkan berlakunya penularan jangkitan 
COVID-19 di tempat kerja, tindakan tegas akan diambil
berdasarkan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan.


manakala negeri2 yg dikenakan PKPB & PKPP
sama jugak
rentas negeri & rentas daerah tak dibenarkan
aktiviti berkumpulan juga x dibenarkan
lebih longgar dr PKP but still kena patuhi semua SOP yg telah ditetapkan

bagi sesi persekolahan pula
malam semalam Kem. Pendidikan jugak dah kuarkan statement
bagi negeri2 yg PKP...sekolah2 cuma akan dihadiri bagi pelajar2 
yg akan menghadapi SPM bagi tahun 2020 & 2021
pelajar2 lain akan sekolah online

bagi negeri2 yg dikenakan PKPB & PKPP
sesi persekolahan akan bermula seperti takwim yg telah ditetapkan tempohari 
tapi nanti..mesti ada parents yg tak kasi anak pegi sekolah
sbb...x yakin dgn persekitaran la, aspek keselamatan la
sure drop kehadiran nanti....
buttt...
bawak anak gi jenjalan ..boleh plak
bawak anak makan2 kat luar...x bahaya plak
emmm...wait & see la

for Mummy Ayu 
Iris akan start form 1..20 Jan ni
Ian plak akan start kelas online dulu
gi sekolah Mac nanti

sama2 la kita ikut semua SOP yg ditetapkan
kitajagakita
jgn fikirkan diri sendiri je
kesian kat frontliner kita
bayangkan kita kat tempat diaorang
keja siang malam , takde offday
dgn PPE suit lagi 
panas, berpeluh2
nak makan, nak gi toilet susah
:-(
kesian sgt

tgk polis trafik yg duduk bawah khemas2..
sbb kena jaga roadblock
tu pun ada yg x ikut jugak
x de off day
kena standby bertugas
:-(
kesian diaorang tau

please la...
ikut SOP
ikut arahan yg ditetapkan
#kitajagakita
#kitabelummenanglagi

About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

2 comments:

  1. pergi bercuti nak.. pergi sekolah xnak.. kenapa ye? pelik jugak parents zaman sekarang

    ReplyDelete
  2. Insyaallah anak saya pun akan ke sekolah

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...