Resepi Kuih Apam Gula Hangus...

last week...
buat kuih apam gula hangus ni lagi
so..nak share resepi kali ni
share2 ngan kengkawan
Mummy Ayu pun..kawan yg kasi
panjangkan ilmu gitu

"Kuih Apam Gula Hangus"

Bahan2 nya:-
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar butter/ marjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara2 nya:-
- 1 cawan gula dihanguskan,
bila dah cair semua...masukkan 1 cawan air panas perlahan2
careful sgt time ni
kalau kena tangan...adoi....
biar semua cari & sejukkan
- Blend - telur, susu, minyak & butter/marjerin... kisar anggaran 3 minit.
- Masukkan gula yg dah sejuk tadi bersama soda bikarbonat..ke dalam blender & kisar lagi.
- Akhir sekali, masukkan tepung & kisar hingga sebati.
- Kalau Mummy Ayu tapis sekali, make sure adunan takde ketul2...
siap.
kalau nampak mcm cair sgt..leh tambah tepung sikit.
tapi so far Mummy Ayu guna resepi ni..ok jer

- Panaskan periuk kukus.
- Sapu acuan dengan minta supaya x melekat.
- Masukkan adunan dalam acuan..jgn  penuh sgt sbb nanti dia naik.
Kukus dalam 12-15 minit.
kalau guna loyang....dlm 30-45 minit. 
Pun sama, loyang tu sapu minyak dulu.

jeng jeng jeng
elok nampak gebu
so far dah 3 kali buat guna resepi ni
memang ok
sejuk pun still lembut
:-)

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

6 comments:

  1. Sedapnya.. Nak buat tapi tak berapa nak rajin.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Buat.. aduhai serik. hahaha.. Nampak senang tapi orang yang selalu gagal buat kuih so call senang ni memang benci diri sendiri je tau...kuih fav suami saya..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya apam gula hangus..makan satu tak cukup :p

    ReplyDelete
  4. senangnya bahan.. semoga ammi diberi kerajinan dimusim cuti sekolah ni. hahaha

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...