Thursday, February 14, 2013

Lelaki Versi Dia

ok..nak review novel
lama tak buat dah
cita korea pun banyak nak review
tapi tak review2 pun lagi

novel kali nie
yg paling terbaru Mummy Ayu baca

keluaran Kaki Novel
Lelaki Versi Dia
tak tebal sgt pun
tapi 2 hari gak la baru abis Mummy ayu baca

sinopsis kat belakang buku..

Lelaki itu hilang ingatan semasa berada di luar negara dan menjadi anak muda yang liar.

Sebagai seorang ibu, Zita terpaksa menipu Wan Aakif dengan menyatakan bahawa anaknya itu telah pun bertunang untuk membawa Wan Aakif pulang ke tanah air.

“I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun. For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.”

“What?! Are you kidding?”

Penolakan demi penolakan daripada Arwin Raisha sedangkan Wan Aakif benar-benar jatuh cinta membuat Wan Aakif nekad untuk kembali mengingati kisah silamnya. Adakah kisah silam itu mampu menyatukan mereka? Dan adakah Arwin Raisha masih tegar untuk tidak mempeduli Wan Aakif sedangkan dari dulu hati wanitanya sering menyeru nama lelaki itu? Lelaki versi dia, membuat Arwin Raisha pening kepala.

“Wan, kalau awak nak saya anggap awak sebagai tunang saya, awak nak saya jatuh cinta pada awak, awak janji. Lepas awak dapat balik ingatan awak, awak janji tak tinggalkan saya. Boleh tak?” ~ Arwin Raisha.

and of coz....
sinopsis versi Mummy Ayu....
novel nie mengisahkan Arwin nie memang syok kat Wan Aakif, cousin dia..dr kecik
but Wan Aakif nie ..tak suka
bila dah besar..
.Wan Aakif nie sambung belajar kat luar negara.
.accident & hilang ingatan...
and..makin terpesong la such as..kaki perempuan, minum
so..mak Wan Aakif nie aka mak sedara Arwin..
minta tolong Arwin menyamar jadi tuning dia
untuk menarik perhatian Wan Aakif ni..untuk balik ke Malaysia
Arwin..mula2 tak nak
tapi..lama2 setuju gak
mula2..memang mcm pura2 menyamar jer
but finally  diaorang bertunang gak
and Arwin pun follow jer rentak Wan Aakif nie
yg sgt romantic & caring habis la
sSanggup tukar imej & perangai..
demi nak jadi tuning & bakal hubby yg baik
and..finally..
bila Wan Aakif..ingat balik
apa, siapa, bila
emmmm.......
apa jadi???
kena la baca novel..
Lelaki Versi Dia nie
best sgt..
jalan cerita yg ringan & tak pening la baca..
so..sapa nak tau ending..kena la beli & baca novel nie
okay!!!



4 comments:

eray said...

lama sangat tak baca novel, ade seketul yang baru dah masuk 6 bulan tak bukak lagi plastik, maybe lepas nie bole baca kut

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/02/morning-sickness-semasa-mengandung-10.html

aLyNnZ said...

Ada perasan novel nie..tertarik dgn cover novel nie..mummy ayu review cam syiok gak novel nie..boleh lar beli nanti..

SURIA AMANDA said...

yeay...nak beli..nak beli...

RinsyaRyc said...

terima kasih Mummy Ayu sebab sudi review lelaki Versi Dia :D sangat2 terharu . ^_^

(Aireen Aryana)

©Copyright Reserved to Life Is Beautiful l Designed by DayangDeno