Selamat Hari Malaysia!!!!! ...and mood marah plus geram bila baca paper semalam.

salam and morning kengkawan semua!!
welcome back to opis masing2!!!
semalam kan cuti
so...weekend lepas dpt la 3 hari cuti
ok..masih lum terlambat rasanya 
nak wish 
"Selamat Hari Malaysia!!!"
hari ahad
so....semalam kita cuti la..
tapi..
dlm mood best2 cuti semalam
tetiba bila baca paper..
terus mood tak best
nampak tak?
tajuk apa yg bikin kita..geram, marah, sakit hati, sedih and mcm2 la

"Bayi perempuan mati dicampak dari rumah flat"
PETALING JAYA - Ketika rakyat Malaysia berkobar-kobar menanti kelahiran anak sempena Hari Malaysia, lain pula dengan seorang ibu yang tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan pada hari bersejarah itu dari tingkat tiga Blok 1, Flat Desa Mentari di sini semalam.
Mayat bayi perempuan malang itu kemudian ditemui dengan kesan kecederaan di kepala oleh seorang penduduk yang terkejut mendengar bunyi satu objek jatuh di tempat letak kereta flat tersebut pada pukul 11 pagi.
Saksi kejadian, Jundi Mat, 35, berkata, sebelum menemui bayi itu, dia terdengar bunyi objek jatuh di tempat letak kenderaan dalam jarak kira-kira dua meter dari tempat dia berada.
Menurut pemuda itu, dia pada mulanya menyangka objek yang tertiarap di kawasan letak kereta tersebut anak patung sebelum dia kemudian menghampiri objek itu.
"Alangkah terkejutnya saya apabila objek tersebut bukan anak patung tetapi rupa-rupanya seorang bayi dalam keadaan berbogel, masih bertali pusat dan berlumuran darah.
"Bayi yang kepalanya turut kemek tidak menangis dan tidak bergerak kerana sudah tidak bernyawa," cerita Jundi yang bekerja sebagai pemandu lori.

Sumber : Kosmo

orang lain ... buat mcm2 nak anak
diaorang dapat...senang2 jer campak, buang
tak sakit ker beranak?
tak de ke perasaan sayangkan anak tu?
(binatang pun tau sayangkan anak)
9 bulan baby tu dlm perut, lahir2...kena buang, bukan buang mcm tu.campak 
alahai...
subhanallah...
kesian baby tu

al fatihah tuk baby girl tu
tenanglah bidadari syurga disamping Yang Maha Esa

wallahualam.
~~~~




About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

4 comments:

  1. memang kejam! kot ye pun taknak baby tu bagi la kat org lain jgnlah sampai membunuh mcm tu.hati syaitan sungguh.

    ReplyDelete
  2. jahil dan bodoh kan mak budak tu..cam takde hati perut

    ReplyDelete
  3. selamat hari malaysia mummy..

    hmm riri rasa mama budak tu kena angin meroyam kot~

    ReplyDelete
  4. syaitan mcm ni ptt dimandulkan trus...biar merana hidup tak beranak tak berwaris...geram je

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...