First time buat Blueberry cheese tart..

nie projek hujung minggu lepas....
follow up project nie...
try buat cheese tart plak untuk pertama kali nya
and...hasilnya
cun tak?
Mummy Ayu bukan nya suka benda2 yg cheese nie
(kecuali pizza la)
cheese tart, cheese cake..memang kureng la
nie buat..Ibu dll makan la
untuk doh kulit tart tu..
resepi dia sama jer mcm yg hari tu Mummy Ayu buat:-
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
cara-caranya:-
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

dah siap dah bahan2nya....
bahan2 untuk cheese nya:-
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. 
JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

lepas dah ciap....
pipe kan blueberry filling..dlm kulit tart...
pas tu...baru pipe kan filling cream cheese tu plak...
dah ciap...
kita mulakan lorek2 nie...
nie 1st time Mummy Ayu buat
so..tak cun sgt la
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Mummy Ayu dpt resepi kat sini..
Kak Ita tunjukkan step by step lagi
memang senang nak ikut & faham
tambah2 lagi yg 1st time buat mcm Mummy Ayu nie
tq so much Kak Ita!!!!

selain dr buat nie..Mummy Ayu ada gak buat yg lain
untuk apa?
tungguuuu................


mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

4 comments:

  1. lama tk buat..tp part nk wat lorek tu aku tk menjadi..tp janji licin..hehe

    ReplyDelete
  2. mummy ayu..bestnyer cheese tart..nak cket =)

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...