Resepi simple - Sotong Goreng Jintan & Terung Goreng Bercili

salam and morning..
entry dihujung minggu
mcm pelik jer kan
saja jer ni...
saja nak share ngan kengkawan..
resepi simple yg Ibu Mummy Ayu masak hari tu
mana tau ..ada yg buka pc ..sambil pikir2..emm..nak masak apa yer hari nie?
mcm nie....
Ibu Mummy Ayu nie..suka masak2..
pas tu share kat FB dia..
dia ada group kat FB yg share resepi2 masakan..kuih & lauk
tu yg dia masak....snap2..pas tu masuk FB
so....mana yg menarik tu..Mummy Ayu tumpang la share2 kat sini...
jom layan!!

SOTONG GORENG JINTAN

Bahan-bahan:-
1 kg sotong (bersih dan tos)
3 biji kentang potong bulat2 dan goreng.
6 labu bawang putih *
1 sudu besar ketumbar *
1 sudu besar jintan manis *
sedikit halia *
2 labu bawang besar - hiris bulat
2 biji cili merah - hiris
jika nak pedas boleh tambah cili pai
serbuk kunyi & garam - secukup rasa
minyak untuk tumis
(semua bahan-bahan bertanda * - ditumbuk lumat)

Cara-cara:-
Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg ditumbuk...
biar garing sedikit & masukkan sotong & serbuk kunyit. 
Bila dah masak sotong tu, masukkan garam. 
Sebelum diangkat masukkan kentang, bawang & cili.
 Biar kering sedikit. 
Siap.


Terung Goreng Bercili

Bahan-bahan:-
6 biji terung, potong ikut suka & goreng sikit
Cili kering dikisar bersama bawang merah & bawang putih
ikan bilis - tumbuk sedikit
garam seckup rasa.

Cara-caranya:-
Tumiskan cili kisar tadi. bila cili dah masak & garing...

masukkan terung & garam.
Siap.


selamat mencuba!!!!!!!!!!!!!!

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

1 comment:

  1. Sure sedap nih.. :-) idea msakan utk hari2 cuti ni :-)

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...