Cik Blur dan Encik Ikhlas

habis dah baca novel nie
(yg 2 tu lum baca lagi)
Mummy Ayu nie kalau karya seni or kaki novel .....memang laju sikit
so..jom share sikit sinopsis novel nie...
Cik Blur dan En. Ikhlas
AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.
“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas
“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha
Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.
“Apa encik buat kat sini?”
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?
“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”

Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

and sinopsis versi Mummy Ayu ~
En. Ikhlas nie boss yg garang kepada Kasih
tapi..garang ngan Kasih jer
gar2 tak tahan..Kasih resign 24 jam
and ..dah jodoh kan..
kasih nie keja sbg tukang kemas rumah En. Ikhlas plak
sbb Mak Som (tukan kemas sebelumnya) gie haji..
so..keja sementara la
and...
rupa2nya....En. Ikhlas nie..marah2 sbb nak tarik perhatian Kasih
and..bila dah jadi mcm nie..
baru la nampak kesungguhan En. Ikhlas minat ngan Kasih
tapi..bila masing2 dah suka
tetiba plak parents masing2 dah carikan jodoh untuk diaorang
and...sedih gak la
sbb..baru nak suka kan
tapi...sbb nak dengar cakap parents
terpaksa la
pas tu....
apa jadi...kena la beli novel nie & baca..
baru tau mcm mana ending dia..

novel nie best, santai jer baca...
ada lawak2 gak
best la
Mummy Ayu pun amik 2 hari jer nak baca novel nie...

novel nie ditulis oleh penulis yg sama .....
yg tulis novel En. Sombong dan Cik Bunga
so..memang best la


About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

6 comments:

  1. heheh, mesti best ni...kan bagus ayu buat sinopsis gini...baru para novel lovers tertarik nank cari ...mekasih ayu...

    bleh ar p beli cari

    ReplyDelete
  2. cantik cover depan...
    citer sedap juga......

    ReplyDelete
  3. ko mgm hantu novel
    aku lama dh tak baca buku...

    ReplyDelete
  4. mesti mummy baca sambil tersenyum sorang2.hehehe..

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...