The Sleepwalker by Acik Lana

weekend lepas...Mummy Ayu mcm full schedule tau
masak2....gi picnic....
habis kan marathon K-Drama (jab lagi Mummy Ayu update ye)
and..habis kan baca novel latest Mummy Ayu ni
last week sampai kan
balut cun2 semua
baru leh start baca
sabtu tu start dah
pagi ni baru habis
biasa la.. baca2, stop plak..buat itu ini
than petang2..free sikit baru sambung baca
tak abis baca weekend
pagi tadi sampai...lum kul 8
sambung baca ..kasi habis
and seriously.. memang puas hati & best sgt
⭐⭐⭐⭐⭐ 
5/5 yer

ada yg tanya Mummy Ayu beli kat pesta buku ker?
alamak.. x la..
lama giler x gi PBAKL
semenjak dah duduk & keja kat N9 ni
memang x la
Mummy Ayu memang follower Acik Lana.. kat FB & IG
so Mummy Ayu beli direct je ngan Acik Lana
special sbb leh dpt autograph writer jugaks 
and dpt kiss lagi πŸ’‹
kannn....

ok..meh story sikit yer
sikit je
dont worry, x de spoiler pun

blurb belakang novel
of coz la x nampak sgt kan

Mewarisi penyakit keturunan dari arwah bapanya, dua puluh enam tahun Sara Aina menjalani hidup yang berbeza. Dikawal ketat, disekat kebebasan, malah dia langsung tidak dibenarkan bermalam di tempat lain selain dari kediaman sendiri. Jika ingkar, kecelakaan mungkin menimpa dirinya. Malang sungguh! 

Suatu hari, nasib Sara Aina berubah dengan pelawaan daripada Puan Faezah. Akhirnya dia mengorak langkah, keluar juga dari kepompong demi meneroka dunia yang lebih luas. Namun luasnya dunia ini membuatkan dia menjadi huru-hara pula. Apatah lagi bila bertemu semula dengan crush zaman remajanya yang cukup fobia kepada hantu! 

“Lain kali kalau nak pergi mana-mana, call la dulu. Kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke? Asyik nak kena jadi driver kau?” ~ Gibran. 

Kemunculan Sara Aina membuatkan Gibran sakit mata, sakit hati dan meluat tak terkata. Apatah lagi insiden dia ‘menghalau’ hantu palsu telah meruntuhkan egonya di depan Sara Aina. Mana dia tak geram, penyakit pelik si sleepwalker itulah yang menjadi punca! Kata orang tua, jangan menyampah beria-ia. 

Sampai satu masa, mungkin hati akan berbolak rasa. Lalu Gibran tertelan kata sendiri. Yang dia tidak suka itulah mula dipuja-puja jiwa. Dari ‘I don’t care’ tiba-tiba menjadi ‘I do care’. Malah tabiat Sara Aina yang kerap berjalan dalam tidur membuatkan dia gigih pula ingin menjadi ‘penjaga’. 

“To be honest, aku nak hak untuk menjaga kau Sara. Aku tak nak lagi sembunyi-sembunyi buat semua tu. It was so hard for me.” ~ Gibran. 

Akhirnya hati mula suka sama suka. Greenlight juga sudah dinyala dari kedua pihak keluarga. Namun satu rahsia gelap yang tersimpan lebih dua puluh dua tahun lalu begitu pantas meranapkan segalanya. Sara Aina pergi menjauh, Gibran pula terhimpit diantara tuntutan cinta dan setia. Keadaan bertambah buruk apabila Fuzan si gila bayang mula membuat onar. Jerih, gigih, penuh susah payah Gibran cuba menyelamatkan Sara Aina. Cuma sehebat mana pun dia bertungkus lumus, bergelut, mampu atau tidak dendam di jiwa Sara Aina terpadam? 

Atau… hubungan mereka telah ditakdirkan bergerak hanya sekerat jalan saja? 

novel ni mengisahkan Sara...the "sleepwalker" nya
dia ni ikut arwah bapa dia... berjalan dlm tidur
x la tiap2 malam
but dlm seminggu tu ada la 2-3 kali mcm tu
so...sejak kecil & sejak kematian arwah mak dia
Sara dibesarkan oleh nenek dia & mak su dia
dia jarang ikut rombongan or even sambung belajar but
disebabkan "penyakit" pelik dia tu
sbb risau la kalau bermalam kat mana2..apa2 jadi kan

but..one day hidup dia berubah
lepas dia terima pelawaan kawan baik arwah mak dia 
utk kerja kat KL & stay di rumah Puan Faezah ni sendiri
and nenek dia pun izinkan & setuju
supaya dpt la Sara ni tgk dunia luar & majukan diri mcm tu

nak jadi cerita anak bujang Puan Faezah ni... Gibran
crush Sara since sekolah dulu
emmmm....
mula2 Gibran ni x suka
but..benci lama2 jadi sayang la plak
and rupanya..itu lah plan & tujuan asal Pn Faezah ni
utk satukan anak kawan baik dia dengan anak bujang dia

dalam happy2..
satu rahsia terbongkar
bukan rahsia kecik2 yer
rahsia yg hanya Pn Faezah & arwah mak Sara je yg tahu
but rahsia tu membuatkan Sara balik kampung, berenti kerja semua
balik kampung..ada lah "something" happen

apa dia?
kena la baca
mcm mana Gibran & Sara..bersatu kah?
apa rahsia besar tu?
and apa yg terjadi kat kampung?
kena la baca "The Sleepwalker" by Acik Lana

suka sgt novel2 Acik Lana
sbb penulisannya selari dgn usia dia
which is usia Mummy Ayu la
sesuai la utk level2 kami ni baca
sbb x de la cerita2 remaja gitu
and banyak novel2 dia diadaptasi kan
congrats to Acik Lana!!!
πŸ‘πŸ‘πŸ‘ 
mcm novel ni pun
rasa nya sure ada yg berminat nak adaptasi kan ni
sbb jalan cerita nya best & sure ramai yg minat la

so..jom jom dpt kan novel "The Sleepwalker" ni key!!!
πŸ’“πŸ’“πŸ’“


About mummy_ayu

I am Mummy Ayu And obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

6 comments:

  1. boleh la beli nanti.. last baca buku acik lana, akadku yang terakhir

    ReplyDelete
  2. mcm menarik gak jln citernya ni...ari tu i ada beli novel tapi jenis yg mistik2 gitu..psl true story ditulis oleh one author .kisah zmn dia remaja (Now dia dh 50s), nama author tu Pak Engku..i folo his fb page dan telegram...novel2 Pak Engku ada vibes tamar jalis (hahaha i baca novel tamar jalis time zmn remaja sbb my brother beli)

    ReplyDelete
  3. ciknur dah tamat zaman minat membaca novel he hee

    ReplyDelete
  4. Akak pun suka karya Acik Lana...yang ni blom ada lagi..nanti nak beli la

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...