Sebulan setengah jer lagi untuk hidup.....

semalam..
dapat berita yg sedih....
bukan la family Mummy Ayu tapi
anak jiran kat rumah Ibu Mummy Ayu
kenal gak la abang ni sbb sama2 membesar kan
cuma tak rapat sebab dia more senior dr Mummy Ayu
dia..disahkan mengidap
kanser hati stage 4
:-(
Ibu cerita la..
Mak dia sedih sangat
abang nie dah kawin
ada sorang anak
and now wife dia tg pregnant anak no 2

doktor kat sini refer dia kat hospital selayang
and doktor kat sana plak
selamba jer cakap
"you ada 1 1/2 month jer lagi
and..nothing much can we do"
(lebih kurang mcm tu la kot)
sbb dia tak buat apa pun
just tgk x-ray,
tak kasi ubat,
tak tahan wad..untuk check
cuma cakap......ada 1 1/2 jer masa
sedih kan?

Mummy Ayu try google sikit pasal kanser hati
memang sedih
sbb banyak yg negatif dr positif

Kanser hati tersenarai pada kedudukan keenam penyakit kanser yang biasa ditemui di dunia
dan merupakan punca ketiga kematian yang berkaitan dengan penyakit kanser.

jom kita baca simptom2 nya.....

Simptom Kanser Hati

Sesuatu yang amat menakutkan mengenai kanser hati adalah

kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas

pada peringkat awal ia bermula.

Apabila simptom2 tertentu mula dirasai seperti

perubahan pada warna mata putih ( kekuningan )

atau terdapat benjolan yang menyakitkan pada abdomen,

anda sebenarnya berada pada peringkat 4 kanser hati.

Peringkat awal kanser hati seringkali ditemui secara tidak sengaja

apabila doktor melakukan rutin2 biasa

semasa merawat penyakit lain seperti melakukan imbasan dan ujian darah.

Berikut adalah beberapa jenis simptom yang biasa terjadi

menandakan anda menghidap kanser hati.

~ Perubahan kepada warna kulit.

Warna kulit yang kekuningan menandakan anda ada masaalah berkaitan hati.

~ Perhatikan bahagian mata putih anda.

Mata putih yang ada warna kekuningan juga menunjukkan

anda mempunyai masaalah hati.

~ Kehilangan berat badan yang mendadak

akibat hilang selera makan

dan rasa mual yang berpanjangan.

Ini menunjukkan fungsi hati telah terjejas.

~ Perhatikan pada warna najis yang pucat,

masaalah buang air besar.

Ini menunjukkan kepada tanda2 awal kepada masalah hati.

~ Bengkak pada bahagian bawah kanan tulang rusuk.I

a akan memberi tekanan kepada diafram

yang akan mengakibatkan kesakitan bila bernafas.

~ Perhatikan keadaan kuku anda.

Kuku yang berwarna putih atau pucat menandakan anda ada masalah hati

~ Pendarahan pada hidung dan mudah terjadi kebengkakkan

pada anggota badan menandakan hati anda

ada masaalah penyimpanan beberapa protin

berkaitan pembekuan darah dimana ia disimpan dalam hati.

Tanda2 lain ialah:-

~ kerap muntah

~ Sakit2 otot

~ Kerap rasa tertekan dan kepenatan


~wallahualam~

takziah to Moon, Talib, Rafiq & family
sedih sgt baca
tambah2 lagi pasal Rafiq...
marila kita sama2 sedekahkan Al Fatihah untuk Arwah Norma
moga dia tenang di sana
dan semogga rohnya dicucucri rahmat..
~Al fatihah~

mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

8 comments:

  1. selamba je doktor tu ckp mcm tu kan..

    ayu, arwah abah mekchu meninggal sbb kanser hati stage 4 ini lah.. mmg tak dpt kesan tanda2 awal dan bila check dah stage 4.. lepas dah sah mcm tu baru tanda2 tu muncul mcm perut membengkak (sbnarnya hati), mata kuning, najis warna hitam, etc..

    semoga jiran ayu tu terus tabah menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete
  2. siannya.. selagi dapat berusaha, tetap la berusaha.. mana tahu Allah memberi keajaiban...

    ReplyDelete
  3. saya walaupun baru mengenali Moon dan arwah Norma, saya turut simpati pada Rafiq... Al-fatihah buat arwah...

    ReplyDelete
  4. semoga tabah menghadapi dugaan. Al-fatihah...

    ReplyDelete
  5. mmg sedih bila doc kata gitu... tp harap2 ada berlaku keajaibanlah....

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah buat arwah norma..

    bahaya kancer ni..thx ayu, info nih

    ReplyDelete
  7. langsung takder perasaan doc tu ckp mcm tu

    ReplyDelete
  8. bahaya kanser ni..and alfatihah untuk arwah norma

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...