I'am Mrs. Kertu

ok..jom layan novel yg terbaru..yg baru abis Mummy Ayu baca pagi tadi

keluaran Penulisan2u jugak
I'am Mrs. Kertu
sinopsis kat belakang novel.....
Ainul Mardhiah – Keindahan zaman remajanya telah diragut, kehidupannya telah musnah gara-gara malam durjana. Dia hilang segala-galanya termasuk nilai sebuah kesucian. Takdir telah mengikat jodohnya dengan Adam Yusuf. Egonya tidak dapat menerima cinta seorang lelaki tua meski lubuk hatinya ada terdetik sayang.
Adam Yusuf – Cintanya kepada Ainul berputik pada saat pertemuan pertama. Wajah Ainul yang mirip arwah isterinya,telah kembali menggoncangkan jiwa lelakinya.
Jodoh yang ditetapkan oleh Allah sebelum langit dan lautan diciptakan-Nya telah terikat.Takdir telah menemukan mereka meski usia menjadi bandingan.
“Ain tak nak kahwin. Ain nak capai cita-cita dulu. Kalau kahwin pun bukan dengan lelaki...”
“Tua macam saya.”
“Belum cuba belum tahu Ainul. Saya ni macam kelapa tua. Makin berlemak dan manis.”
“Hmmm... lelaki tua memang miang macam ni ke?”
Menyedari getar jiwanya tidak berbalas, Adam Yusuf pergi membawa diri. Terpisah mereka antara benua. Namun pernikahan rahsia itu masih disimpan utuh. Lamaran Hafiz menerbitkan keazaman dalam jiwa Ainul Marhiah untuk menokhtahkan akad yang telah terjalin selama empat tahun.
Namun, pertemuan semula Adam Yusuf dan Ainul Mardhiah seakan-akan memudarkan rasa benci itu. Pertunangan Adam Yusuf dan Mariza membuahkan cemburunya. Adakah itu tanda sayang?
“Ainul menyesal kahwin dengan si kertu ini?”
Abang bukan kertu tapi perfecto.

and..
as usual..
sinopsis versi Mummy Ayu....

Ainul....seorang anak yatim...
ada sorang mak yg tak sihat & abang plak..penagih dadah.....
lepas SPM..dia bekerja kat rumah sorang duda...Adam
kebetulan plak...arwah isteri Adam nie..ada iras2 wajah Ainul
so..Adam pun jatuh hati la ngan Ainul
yg kertu tu..Adam la...
Ainul nie baru abis SPM, yg Adam plak..tua lebih 20 tahun ngan Ainul
tu yg dia panggil kertu tu

nak jadi cerita....
mak Ainul plak meninggal....
abang dia jgn cakap la..ntah mana2..
so...pas mak dia meninggal..Adam pun ajak la Ainul nie duduk jer kat rumah dia
yg dia keja sbg pembantu ngan Kak Biah..

malam tu...Ainul dok tunggu la Adam dtg amik dia..nak pindah rumah kan
tapi..malang tak berbau
satu kejadian telah berlaku
and...disebabkan itu..Adam bersetuju menikahi Ainul
maka..jadilan Ainul tu..Mrs. Kertu

Ainul..memang tak suka
tapi terpaksa....
and...status isteri tu..cuma atas kertas saja

Ainul dpt result yg baik..
sambung study kat UM..jurusan kedoktoran
and..dia nak capai cita2 dia..jadi doktor
Adam..fully support
and..dia tak putus asa cuba curi hati Ainul
tapi...Ainul mcm tu jugak
sekali..Adam macam jauh hati & merajuk bawa diri ..
menghilang plus uruskan business di luar negara.. 4 tahun

bila dia balik....Adam plak nak bertunang..atas pilihan & paksaan keluarga
ha...baru la Ainul jelous..
and..baru la Ainul sedar..
rupanya dia ada hati gak ngan Adam
tapi......
adakah Ainul terlambat?
siapa kah yg bakal bertunang ngan Adam?
Adam setuju ker?

nak tau ending...
kena la baca novel nie
novel nie nipis jer
tu yg Mummy Ayu boleh baca dlm 3 jam lebih jer
but..bukan one shot baca la.
sambil2 kat opis nie..
ngan boss ada, tipon bunyi..
but..best, layan, nipis, tak meleret..
suka la!!



mummy_ayu

I am Mummy Ayu and obviously I am a mummy of two kids, Ian and Iris. This blog is like my diary. Its contain my life story, my kids, my passions,my hobbies, my friends, my cooks and many more.

3 comments:

  1. Tajuk novel pun dah boleh agak novel ni besttt...beli online yer?

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak baca novel..;)

    ReplyDelete
  3. bila la nak mula baca novel ni.....

    ReplyDelete

Jemputla komen di sini...